Pages

16 April 2015

Ketam Masak Sos Tomato

Salam kunjungan untuk semua. Kali ni ambe nak kongsi resipi untuk orang bujang yang pemalas nak masak. Masak cincai-cincai je.  Masakan kali ini...ketam masak sos tomato. 

Mudah je nak buat... potong bawang besar dan bawang putih. Sediakan sos tomato, garam secukup rasa boleh juga tambah sos tiram. Jangan lupa bersihkan ketam berkenaan terlebih dahulu. Kalau korang beli ketam yang masih hidup...korang kena matikan dulu. Macam-macam cara orang buat. Ambe senang je.. basuh bersih-bersih, letak dalam beg plastik dan sumbat dalam peti ais. Tunggu setengah jam. Lepas mati baru boleh nak siang dan bersihkan



Cara untuk masak... senang je. Panaskan minyak sedikit... goreng semua bawang jangan sampai hangit. Masukkan sos tomato dan tiram dan tambah garam jika rasa kurang masin. Tambahkan air sedikit...selepas mendidih, masuk ketam dalam kuali. Masak jangan lama sangat...bila kulit ketam dah bertukar semuanya menjadi merah kira dah ok lah tu. Angkat. Kalau masak lama sangat, kemanisan isi ketam akan hilang ke dalam kuah. Gambar masakan macam kat bawah tu.

Kalu korang nak masakan korang lebih kaw lagi.. letak cili kering yang ditumbuk. Pastikan korang goreng dahulu cili berkenaan bersama bawang sehingga campuran cili menjadi pecah minyak... kemudian baru masukkan air dan ketam.


Sebelum ambe terlupa... sebelum ketam dimasuk dalam kuali... ketuk tangan ketam yang besar sekali menggunakan lesung. Ketuk sikit sahaja. Jangan ketuk sampai hancur pula. Ok lah selamat makan dan selamat mencuba... jumpa lagi-Abe Din

2 comments: