Pages

24 May 2014

Trip 6/2014-Daratan

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Pada post kali ini ambe nak share dengan korang hasil yang ambe dapat pada satu lagi trip daratan. Trip kali ini masih berpusat di kawasan berbatu Kijal. Trip dijalankan pada waktu malam ketika air mula pasang.
 
 Corak sotong mabang

Pada kali ini tidak banyak sotong yang berjaya di tawan. Hanya 7 ekor sotong mabang termasuk seekor sotong jantan bersaiz besar. Pada pengamatan ambe, malam berkenaan memang ada sotong bersaiz besar berlegar-legar di kawasan berkenaan berdasarkan keadaan air, cuaca dan beberapa ragutan kasar yang terlucut. Kalau tunggu lama memang sah bapak-bapak sotong tu akan jadi lauk. Malangnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk pulang awal.
 
 Sotong yang berjaya dicandat

Semuanya bertitik tolak dari beberapa orang pencandat yang tidak memahami etika ketika mencandat di tempat awam. Ambe ingin berkongsi dengan korang semua, mungkin peristiwa ini boleh dijadikan pengajaran dan panduan ketika mencandat sotong. Ketika ambe dan seorang rakan sedang asyik mencandat, datang tiga pencandat termasuk seorang pencandat warga emas. Dari pemerhatian ambe, mereka mungkin orang baru. Mereka datang menyusur tepi batuan dengan menyalakan lampu di kepala dan tangan.
 
Seorang pencandat melewati kami ke hadapan. Seorang pencandat warga emas terus mengambil tempat di sebelah ambe manakala seorang lagi membaling candat melintang menghala ke laluan candat ambe. Memang geram sebab sotong sedang galak makan. Paling menyedihkan, pencandat kedua dan ketiga kerap bermain lampu suluh.. menyuluh ke dalam laut. Disebabkan tindakan mereka, sotong langsung tidak mahu menjamah jig udang. Ambe tidak menegur kerana ambe rasakan tidak sesuai memandangkan seorang daripadanya adalah warga emas. Kami mengambil keputusan untuk menamatkan aktiviti kami lebih awal.
 
Dalam penulisan ambe sebelum ini... selalu ambe nyatakan bahawa sotong mabang adalah spesies yang penakut dan tidak mengemari cahaya tidak statik. Oleh sebab itu penggunaan lampu yang kerap oleh pencandat akan menyebabkan sotong lari jauh ke laut dan peluang untuk mendapatkan sotong berkenaan adalah tipis. 
 
Banyak ini sahaja yang diperolehi
 
Jika kita memancing berseorangan atau bersama kumpulan yang sama perangai macam  kita... tidak kisah lah kalau kita kerap bermain dengan lampu suluh. Apabila mencandat bersama dengan orang lain yang kita tidak kenali, hormatilah hak mereka. Mereka juga nak cari rezeki. Selalulah mengamalkan etika eging sotong yang baik ketika mencandat di kawasan awam. Tidak salah kita menghormati hak orang lain dan dalam masa yang sama kita juga akan memperolehi manfaatnya. Jika kita mampu, sama-samalah kita menasihati rakan-rakan yang sebegini. Semoga eging sotong terus berkembang maju dan dijalankan secara beretika. Hingga berjumpa lagi-Abe Din.

2 comments:

  1. salam...ermmm byk kali juga jadi gini, tgh syok2 eging dtg pula makhluk manusia ni g nyuluh ke dlm air tmpat eging, atau pemancing2 ikan(org baru@yg xbiasa main malam) habis serata arah dunia dia suluh..adeeeyyy jem..mau je eging tangan org tu dgn candat utk rampas lampu <--kejam2 ehehhheh
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
  2. Kena bagi kursus kat diorang ni... biaq faham sikit. kihkih

    ReplyDelete