Pages

02 May 2014

Trip 2/2014-Pulau

Salam kunjungan kepada semua pelawat yang sudi menjengah ke sini... blog sotonglaut.blogspot.com. Sebenarnya ambe baru balik dari satu trip eging sotong di Pahang. Badan masih letih lagi... gagahkan diri juga untuk buka laptope sambil mencoret serba sikit di  dalam laman sotong ni.

Trip mencandat ini merupakan trip kedua bertujuan menduga kehadiran sotong mabang di pulau. Trip kali ini disertai dua pencandat baru... sebenarnya orang lama juga dalam bidang mencandat ni.... Mohd Zulkifly bersama adiknya yang ingin mencuba eging sotong di kawasan pulau. Keseluruhan peserta trip kali ini 5 orang. Kami mula masuk ke lokasi lebih kurang 7.30 malam. Air sudah pasang. Sebaik sahaja sampai ke pulau, barang-barang diangkut dan kami terus melakukan aktiviti mencandat dan memancing. Memandangkan air pasang hanya beberapa jam sahaja.... kami hanya akan menyusun dan memasang khemah selepas air surut.

 Sotong yang dicandat oleh Zulkifly. WA dari Kuantan

 Antara hasil pancingan di Pulau

Hanya dua ekor sahaja berjaya ambe tawan

Hasil malam tidak begitu memberangsangkan. Hanya Zul mendapat seekor sotong dan Amir berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan termasuk siakap merah saiz tapak tangan. Tengah malam hingga pagi hujun turun beberapa kali disertai angin. Masa banyak dihabiskan di dalam khemah sahaja. Aktiviti mencandat disambung semula pada pukul 7 pagi ketika air mula pasang. Lebih kurang pukul 9.30 bagi tiga dari ahli bertolak dengan bot untuk memancing ikan sekitar pulau bersama tekong Nuar.

 Amir dengan hasil tangkapan Pulau


 Operasi mengangkat bubu

Bubu yang kosong. 
Tiada ikan yang boleh dijadikan lauk

Beberapa jam memancing hanya seekor pari, selar, kunyit dan sesirat sahaja berjaya didaratkan di atas bot. Mungkin ikan dah berpakat dengan sotong pulau untuk boikot candat jig dan umpan. Sebelum balik... tekong ajak melihat bubu yang dipasang. Mungkin ada kerapu seekor dua yang boleh dibawa balik. Selepas dua bubu diangkat hanya beberapa ekor ikan karang sahaja yang melompat-lompat di dalam bubu. Mungkin rezeki kami tidak banyak kali ini. Mungkin juga hujan semalam menyebabkan air laut menjadi tawar dan sotong serta ikan menjadi sedikit pasif. Kami bertolak keluar dari pulau lebih kurang pukul 12.30 tengahari sambil merancang untuk datang lagi pada waktu yang terdekat. Abe Din

4 comments:

  1. trip yg menarik...mabang mu tunggu, kami eging. ekekeke
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
  2. fenomena el-nino??ada kesan pd mabang x a.din?jd kurang ke, tabiatnya jd pasif ke uhuhu
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asas perubahan suhu air... jika terlalu panas sotong akan menjauhi pantai. Terlalu sejuk...sotong jadi pasif. Setahu ambe el-nino boleh memusnahkan rantai makanan asas hidupan laut... tentunya menjejaskan populasi sotong.

      Delete