Pages

15 May 2014

Cerita Laut

Selamat datang kepada semua pelawat. Terima kasih kerana sudi melawat blog buruk ambe. Mungkin korang pernah menaiki bot untuk memancing ke tengah laut. Banyak cabaran yang korang tempuhi sepanjang perjalanan ke lokasi. Ada diantara pengalaman membuatkan sesetengah orang menjadi serik untuk ke laut.

Tidak sabar ke lokasi pancingan

Bagi mereka yang memang dah biasa.. pengalaman yang ditempuhi tidak langsung memberikan kesan. Bagi mereka yang pertama kali berjinak-jinak memancing di laut... rasa juga berdebar-debar ketika mula menaiki bot untuk ke lokasi.
Kawasan sungai yang masih tenang

Adakah korang pernah menaiki bot untuk ke laut? Mungkin korang tak tahu... saat yang paling mendebarkan ketika keluar ke laut adalah ketika bot cuba melepasi kawasan kuala. Biasanya kawasan berkenaan arusnya sangat kuat dan bergelora. Jika tekong bot tidak mahir mengendalikan bot... bot boleh terbalik. Tekong bot perlu pandai memotong gelombang yang datang dari arah laut.

Kawasan kuala yang memisahkan sungai dan laut

Gelombang sangat hebat, apalagi jika air laut sedang pasang dan sedang menyurut ditambah pula angin bertiup kencang. Tanpa kemahiran yang tinggi dari tekong bot... kecelakaan boleh berlaku. Dari pemerhatian ambe... ramai penumpang bot bersaiz kecil agak gugup ketika bot hendak melepasi kawasan kuala. Suara-suara riang pada mulanya semasa bot hendak berlepas... menjadi sunyi ketika di kuala. Semua senyap dan memegang erat badan bot. Mana tidaknya... pada waktu ini bot bergoyang begitu hebat di pukul ombak.

Melepasi kuala-Air laut semakin tenang

Mendekati lokasi lindungan angin
Tak sabar nak melabuhkan umpan
Tetapi sebaik sahaja bot menjauhi kuala... air laut biasanya lebih tenang sedikit... debaran pemancing semakin menghilang dan semuanya tidak sabar untuk melabuhkan umpan di lokasi pertama. Begitulah pemancing... debaran akan dilalui sekali lagi ketika bot hendak memasuki kuala. Walaupun kadang-kadang serik... tetapi bila diingatkan keseronokkan memancing di laut, semuanya cepat dilupakan dan selepas balik... trip baru mula dirancang. Bagi ambe... biar apapun perancangan anda, utamakan keselamatan diri. Sentiasalah memakai jaket keselamatan ketika berada di laut. Malang tidak berbau. semoga kita berjumpa lagi. Abe Din.

No comments:

Post a Comment