Pages

11 October 2013

Menu Teluk Lipat

Salam kunjungan untuk semua.. post kali ini adalah sambungan daripada dua post sebelumnya. Saja aku nak berkongsi pengalaman aku dengan korang masa aku melawat ke Pantai Teluk Lipat, Dungun. Walaupun kunjungan kali ini tidak membuahkan sebarang hasil dari mencandat tetapi kami dapat juga rezeki sotong. Sotong celup tepung yang dijual sepanjang Pantai Teluk Lipat. Kihkih.. Kenyang perut... 

Sepanjang aku di Dungun, rasanya tiga kali aku berulang-alik ke gerai sotong goreng hanya untuk makan sotong celup tepung dan pelbagai lagi menu yang dijual di sana. Sesaper yang belum sampai ke sini... mari lah datang. Best sungguh.

Sotong celup tepung yang ranggup

Sotong celup tepung kedai sebelah.. kurang power

Sotong dan ketuka celup tepung

Makanan wajib kat sini.. kepok lekor goreng

Ikan celup tepung. Sedap sungguh

Minuman kelapa muda yang sungguh menyegarkan

Sepanjang aku kat sini... aku sempat cuba sotong goreng dari beberapa kedai yang berbeza. Walaupun nampak macam sama... tetapi rasa setiap satu sangat berbeza. Aku suka satu kedai tu... hok tepi sekali. Sotong torak yang digoreng cukup ranggup dan lembut. Kalau aku datang lagi ke sini... inilah satu-satunya kedai pilihan aku. Aku citer kat korang pun dah meleleh air liur... sodap sungguh. 

Korang yang belum sampai sini... cepat-cepat datang. Aku bimbang musim tengkujuh nanti sume kedai ni dah tak wujud. Kena pukul ombak Laut China Selatan yang cukup ganas. Kihkih... tu sume imiginasi aku je.. datang, jangan tak datang. Hingga jumpa lagi.

Selamat menyambut Aidil Adha.
Abe Din

8 comments:

  1. pergh...pergh...dan perghhh.. Sedapnya. Teringat PCB.

    ReplyDelete
  2. salam, a.din..waaahhh jln sakan nmpak uhuhu dekat doh ngan umah mertua ambe tu, kdg2 je g gerai sane utk rase sotong goreng...biasa mencandat di pantai teluk bidara dan belakang resort tanjung jara. yg di depan teluk lipat tu utk smentara waktu ni sotong agak kurang di kwsn situ sbb aktiviti penambakkan tebing pantai dan gangguan bunyi resaksa darat(bedozar dan lori pasir cam cite transfomers) duk lalu lalang situ..ada msa leh cuba di tempat lain pula.
    Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul... diorang tengah korek dan tambun pasir kat situ. Sotong memang kurang... spesies sotong ni memang peka kepada perubahan persekitarannya. Rasanya tahun depan... sotong datang balik kot. Tempat baru yang sedang dibangunkan nampak berpotensi besar untuk mencandat.

      Delete
    2. betul daa tu a.din...lau blik selalu g tinjau kawasan tambakan tu, duk bilang bila laaa nk siap..byk port menarik sekitar tambakan situ cuma harap jgn ada gang2 bubu letak situ uhuhu
      buat sementara waktu ni gang2 eging dungun byk main di seberang pintasan dungun sane dr teluk bidara sampailaa ke bukit pelanduk tempat mael lambong berlakon sane tu kuala abang.
      Mohd Zulkifly b. Mohd Jalil

      Delete
    3. Tahun depan boleh gi test kat sana sekali...

      Delete
  3. memang..kalu kedai hok hujung tu makanan sedap sokmoo..
    biasa doh g makang situ hari sabtu

    recent post : Makan Yogurt Dengan Buah Segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak kawasan kedai biasa-biasa saje... tapi ramai orang singgah situ... terutamanya waktu petang.

      Delete