Pages

22 August 2013

Trip Lepas Raya 6

Selamat datang untuk semua.. yang masih berpuasa sunat di bulan syawal... selamat berpuasa diucapkan. Harap korang berjaya menamatkan puasa sunat pada tahun ni. Aku macam biasa le... macam tahun-tahun lepas... raya ke-2 terus start puasa dan selesai pada raya ke-7.

Selepas beraya pada 7 syawal... beberapa mini trip telah di atur ke port-port berhampiran. Trip-trip pendek yang disertai lebih kepada aktiviti pemanas badan untuk menduga kehadiran sotong di lokasi. Masa wat trip...sempat juga berbual-bual dengan beberapa pencandat yang ditemui di lokasi... sambil memancing, sambil berkongsi cerita tentang aktiviti mencandat sotong mabang.

Tangkapan pertama bulan syawal

Mengikut cerita beberapa orang pencandat yang ditemui,... rata-rata diorang menaikkan tangkapan yang lumayan sepanjang bulan puasa baru-baru ni. Ada yang memperolehi tangkapan 4 hingga 7 kilogram semalaman mencandat. Boleh kata bulan puasa baru-baru ni adalah bulan rezeki bagi diorang.

A-Antara tangkapan yang diperolehi
B-Salah seekor sotong yang dicandat
C-Bandingan mabang & sotong jarum @ cumi-cumi
D-Tangkapan mabang terbesar

Aku dan sahabat sotonglaut masuk lokasi lebih kurang pukul 9.30 malam. Sampai lokasi seekor sotong mabang saiz lengan berjaya dinaikkan... selepas itu... sotong tidak makan sehingga pukul 12 malam. Pencandat yang berada di lokasi telah mula mengalah dan pulang ke rumah masing-masing. Aku dan rakan masih di lokasi dan masih tidak berputus asa. Sekitar pukul 12 malam air mula pasang kecil dan sotong mula galak memegang umpan. Bulan pada malam itu juga sangat terang.
 
 Berat tangkapan lebih kurang 3 kilogram

Sotong yang berjaya dinaikkan.. rata-rata bersaiz besar dan kami berjaya juga membawa pulang lebih kurang 3 kilogram sotong. Melihat pada keadaan dan tabiat sotong pada masa itu... aku jangkakan sotong akan mengganas lagi ketika subuh. Apakan daya... esok nak kerja. Kami tamatkan trip lebih kurang pukul 1 dan tiba di rumah pada pukul 2 pagi.

Aku juga nak umumkan bahawa trip ke pulau pada minggu ini terpaksa dibatalkan kerana aku mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Trip akan ditukar pada waktu yang sama minggu depan. Penyertaan trip masih dibuka dan sila sahkan penyertaan secepat mungkin untuk tempahan bot dan makanan. Harap maklum.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.
Abe Din

2 comments:

  1. WAHH .. BESAR2 N SEGAR2NYE SOTONGGGGGG .. NAK SIKIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah rezeki tak ke mana... kalau nak, kena datang Terengganu. Heheh..

      Delete