Pages

05 August 2013

Sedamai Hati..

Selamat datang kepada semua pelawat. Pada minggu akhir sebelum ramadhan, aku sempat singgah di Pantai Telok Kalong, Kijal.... ketika itu aku dalam perjalanan pulang dari Chukai menghala ke arah Kuala Terengganu. Lama sungguh tak singgah ke sini... hati mengajak-ngajak untuk singgah barang seketika. Sambil merasa kelazatan otak-otak dan satar Kijal. Opsss... untuk pengetahuan korang "otak-otak" tu nama sejenis makanan popular kat sini. Jangan salah faham pulak..

Masa aku sampai air sedang menyurut dan suasana sangat tenang. Bot-bot nelayan sedang berlabuh di pesisir pantai. Ada juga pengunjung-pengunjung yang asyik mandi-manda. Di satu sudut yang lain kelihatan beberapa individu sedang asyik mencandat sotong. Rasa amacam nak test power kat sini.... tapi apakan daya, aku cuma singgah sekejap sahaja.

Deretan bot nelayan. Di hujung sana... 
terdapat beberapa orang pencandat sedang 
asyik mencandat sotong mabang.


Suasana yang indah dan mendamaikan

Nelayan tidak ke laut semasa air surut.

Ada juga yang bermandi-manda di sini.

Nampak gayanya... pantai ini memang menjadi tumpuan penduduk bagi banyak aktiviti. Semasa lawatan singkat ke sini... satu pertandingan karaoke sedang berlangsung berdekatan gelanggang futsal. Beberapa individu juga kelihatan sedang leka bermain futsal di kawasan yang disediakan. Suasana nampak agak meriah dengan orang ramai.

Aku tidak begitu tertarik dengan aktiviti orang ramai... aku lebih banyak memberi tumpuan kepada keadaan yang berlaku di pantai dan laut. Dalam benak fikiran... aku tertanya-tanya... ada sotong ke kat sini? Dalam diam aku sudah mula mengatur rancangan untuk datang lagi ke sini.... tapi... untuk mencandat sotong. Bile yer?... tak tau lagi.
Abe Din.

No comments:

Post a Comment