Pages

05 August 2013

Awas Bahaya

Selamat datang kepada semua pengunjung sotonglaut. Semoga korang sume sihat hendaknya. Pada kali ini aku nak berkongsi sikit berkenaan aktiviti mencandat sotong mabang. Semakin hari semakin ramai pemancing yang mula menceburkan diri di dalam pancingan sotong dari daratan. Pertambahan jumlah pencandat daratan ini tentunya akan memeriahkan lagi sukan memancing sotong di negara kita.

Kesimpulan yang aku buat ini adalah berdasarkan jumlah pertanyaan yang aku terima sejak akhir-akhir ini berkaitan teknik pancingan sotong. Banyak pertanyaan yang dihantar menggunakan cbox dan E-mail dari blog sotonglaut. Ada juga bertanya melalui komen-komen di artikel yang telah aku post. Aku dapati ramai yang bertanya adalah pemancing baru yang mula berjinak-jinak dengan pancingan sotong mabang. Majoriti mereka adalah pemancing landbase atau memancing dari kawasan daratan.


Batuan licin ketika air surut.
Mencandat sambil duduk.. mengurangkan risiko terjatuh

Bila bercerita tentang pancingan daratan, kita tidak boleh lari dari membincangkan tentang keadaan lokasi mencandat sotong mabang. Kebiasaannya kawasan mencandat sotong mabang adalah di kawasan berstrukur seperti kawasan batuan. Pemancing perlu biasa dengan kawasan sebegini jika ingin mencari sotong mabang.

Apa yang menjadi isu di sini ialah keadaan rupa bumi kawasan mencandat sotong ini sangat bahaya. Kawasan berbatu kebiasaannya licin ketika air pasang atau ketika air mula surut. Jika korang tidak berhati-hati kemalangan boleh berlaku. Apalagi jika kawasan batuan tersebut mempunyai teritip yang tajam. 


Peralatan mesti simple dan pergerakan perlu selesa

Memang tidak dinafikan... sotong -sotong bersaiz mega banyak bermain dan mencari makanan di celah-celah struktur berbatu. Dalam keghairahan kita mendapatkannya... pastikan juga keselamatan kita terjamin. Aktiviti mencandat di kawasan berbatu adalah satu aktiviti yang boleh diangkap lasak dan bahaya. Kemahiran korang meniti dan bergerak dari satu struktur batuan ke struktur yang lain boleh mendatangkan kecederaan.

Korang perlu mengambil beberapa langkah awal bagi mengelak sebarang kecelakaan. Pakai pakaian yang ringan dan selesa bagi pergerakan di kawasan berbatu. Jangan bawa barang yang terlalu banyak kerana ia akan menyukarkan pergerakan korang. Pastikan korang memakai kasut anti gelincir. Jangan pakai selipar atau kasut yang sudah haus.

Pastikan kedudukan korang stabil sebelum candat dibaling

Berhati-hati ketika berjalan di atas batu

Jika korang sume mencandat di waktu malam... bawa lampu suluh bersama-sama. Lebih elok jika lampu suluh berkenaan tidak dipegang dengan tangan. Gunakan lampu yang boleh di sangkut di kepala. Perlu diingat malang tidak berbau. Pastikan juga korang tidak mencandat bersendirian. Pergilah mencandat secara berkumpulan. Rakan-rakan lain boleh menolong jika korang berhadapan dengan masalah. 

Jadikan sukan mencandat ini sukan yang selamat. Sentiasa awas dan tingkatkan stamina korang sebelum menyertai satu-satu trip mencandat dari kawasan daratan. Semoga apa yang aku share kat sini sedikit sebanyak akan membuka minda korang... jangan asyik nak seronok je. Beringat sebelum kena. Jumpa lagi.
Abe Din

No comments:

Post a Comment