Pages

03 July 2013

Ketupat Dan Sumbat

Selamat datang kepada semua pengunjung. Pada post kali ini, Abe Din ingin berkongsi pengalaman kecil ketika singgah makan semasa trip mencandat baru-baru ini. Abe Din bersama beberapa rakan sempat singgah di sebuah gerai di Cherating. Nampak gerai macam popular... ramai gak orang. Kami singgah untuk makan tengahari sebelum menaiki bot untuk mencandat sotong mabang.

Lauk kat gerai ni memang banyak... macam-macam ada. Dalam banyak-banyak lauk tu.. Abe Din hanya tertarik kepada dua jenis lauk sahaja iaitu ketupat sotong dan sotong sumbat. Nampak macam sama.... tapi ada sedikit perbezaan di antara keduanya.

 Inilah Makanan yang Berjaya Meracun Selera Abe Din

Sotong yang warnanya agak cerah dikenali sebagai ketupat sotong. Pulut disumbat ke dalam spesies sotong ketupat dan dimasak bersama kuah istimewa. Bagi mengelakkan pulut keluar ketika dimasak... lidi kelapa digunakan bagi menutup bukaan dengan menyucuk bukaan bersama-sama kepala sotong.

Ketupat sotong ni memang sedap.... sampai lupa nak makan nasi. Pulut yang digunakan cukup lembut dan lemak, manakala kuahnya sungguh sedap sehingga menjilat jari. Macam  tak cukup satu... tapi nak tambah malu le pulak... orang ramai.


 Rupa Hampir Sama...Tapi, Rasa Berbeza

Masakan kedua... Abe Din lebih suka namakan sebagai sotong sumbat. Walaupun nampak macam ketupat sotong... isi dalamnya tiada pulut. Bahagian dalam diletak ubi kentang yang dipotong dadu. Ditutup bukaan dengan lidi kelapa dan digoreng dengan cili.... ala macam sambal biasa je.

Rasa dia kureng sikit sebab kentang kat dalam tu tidak begitu masak dan masih keras... sepatutnya die rebus dulu kentang tu.. baru best. Sambal pulak manis.... Abe Din ni kalau sambal manis... selera terus turun. Dulu dok kat Negeri Sembilan... masakan dia memang ganas. Berasap telinga. Abe Din rase kalau wat masak lemak cili padi mesti best. Nanti ambe nak cuba buat.

Masakan sotong kedua ni bagi Abe Din agak kurang menyengat sikit. (Sedap-sedap je komplen masakan orang.. hehe).... tapi dua-dua masakan ni Abe Din bedal habis licin. Mungkin bukan sebab masakan sangat.... mungkin sebab medium utamanya, sotong. Abe Din memang suka sotong.

Walaupun begitu... kedua-dua spesies masakan ini telah berjaya menarik minat Abe Din untuk cuba, try, dan test hinggakan terlupa lauk kegemaran yang lain. Kena pulak dengan milo ais... fuhh... tengahari lagi. Satu masa nanti... Abe Din post cara nak masak dua jenis masakan ni. Bulan puasa ni kot....

Hingga Berjumpa lagi. Selamat berpuasa.
Abe Din

10 comments:

  1. Replies
    1. CikPuanRara: Hobi memancing dan makan dua benda yang berbeza. Bukan semua hasil yang ditangkap Abe Din makan. Bagi orang... bukan rezeki kita.

      Delete
  2. perghh dia sumbat ngn ubi? xpenah try lagik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. DuniaFana: Ubi dia keras sikit. Kalau lembut.. lagi sedap agaknya.

      Delete
  3. Replies
    1. ali pancing: Kihkih... Abe Din lebih suka ikan. Sotong hanya satu perkongsian untuk semua.. memandangkan tiada blog yang membincangkan tentang candat sotong secara konsisten. Berkongsi je..

      Delete
  4. Menarik blog ni... saya suka. teringin satu hari nanti nak candat sotong. Harap ada trip berbayar yg boleh follow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi:Tahniah. Mungkin Umi antara generasi yang mampu mengembangkan lagi teknik pancingan sotong pada suatu hari nanti.

      Delete
  5. Saya suka blog ni...harap abe din dapat buat trip candat sotong dan ajar ilmu tangkap sotong kepada sesiapa yg minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umi: Pada tahun ini 3 trip mencandat telah diadakan di pulau ular. Trip berikutnya akan diadakan selepas raya nanti. Jika berminat, sentiasalah pantau panggilan yang Abe Din akan buat di blog ini. Terima kasih di atas minat yang ditunjukkan.

      Delete