Pages

25 February 2012

Iguana

Salam kepada semua pengunjung. U all memang best... kalau korang takde..memang aku dah lama bersara dari  dunia blogging ni. Sebenarnya aku dah lama tak pergi mencandat..tu le sebabnya aku xleh nak post gambar sotong yang terbaru. Kalau aku tak update nampak gayanya blog aku akan mendapat title 'tukun tiruan'. Lagi satu aku sian dengan pengunjung setia aku.. datang jalan jauh-jauh tengok topik yang sama macam dua tahun lepas...sian diorang. Pe pun aku gagahkan juga untuk update walaupun topiknya lari sikit dari tema blog aku. Suhaimi... demo jangan marah kawe....

Anggaplah apa yang aku post ini sebagai satu aktiviti masa lapang yang takde pekdah untuk aku...tapi mungkin ia info baru untuk korang. Aku memang suka hal-hal tentang alam sekitar ni. Minat giler dari kecik sampai sekarang. Study dan kerja pun bidang yang ada background dengan natural environment.

Disebabkan background aku dah macam tu..aku mudah tertarik dengan benda pelik, menarik dan cantik. Januari baru ni... adalah sorang cousin datang dari Penang dengan family die. Die bawa sekor binatang ni... macam cicak tapi besar macam biawak. Anak-anak die dukung merata.. gi jalan mesti bawa. 


First time memang aku takut nak sentuh.. muke dia 'bekeng' sikit. Bila aku sentuh leher dia...rasa lembut. Duri die langsung tak tajam. Jauh dari mengancam nyawa. Tuan dia bagi makan cengkerik... sekali makan boleh tahan seminggu. Ekor dah pendek...sebab kena gigit kucing. Pelik juga...jarang ada orang bela haiwan ni. Korang kena cuba bela. Binatang ni baik...masa aku nak ambil foto dia...dok senyap je. Baik sungguh dan cukup dengar kata. Mungkin juga dia terkejut tengok kamera buruk aku.


Sebelum aku tulis artikel ni..sempat juga aku explore tentang binatang ni. Nama glamour dia Iguana. Kalau tempat kita lebih kurang macam sumpah-sumpah. Iguana ni adalah dari keluarga cicak jenis herbivor... tapi dia makan juga serangga. Mungkin lebih sesuai omnivor. Hidup di kawasan tropika dan banyak dijumpai di Amerika tengah dan Carribean. Kalau nak diikutkan binatang ni..slow sikit atau lebih senang cakap 'lembab' kalau bab berjalan.

Iguana juga boleh dijumpai di kepulauan Galapagos. Iguana kat sana boleh berenang dalam laut. 'Marine Iguana' ni boleh berenang dan menyelam serta kerap lepak kat tepi batuan pantai sambil mencari makanan iaitu sejenis lumut laut. Dah kenyang makan...diorang naik atas darat untuk berehat. Iguana jenis ni colour dia hitam dan kulitnya kerap menggelupas disebabkan tindakbalas air laut. 

Iguana daratan pula makan haiwan dan serangga yang ditangkap menggunakan lidah. Kulit akan disalin dalam tempoh tertentu menjadikan badannya lebih licin dan berkilat. Ada orang kata dia boleh tukar warna macam sotong untuk tujuan penyamaran. Agungnya kuasa yang Maha Esa. Cer korang bayangkan kalau Iguana tu adalah tokek, alamat jadi jutawan le. 

Ok. Cukup untuk kali ini. Jumpa lagi.
Bye.

8 comments:

  1. iguana...haish sure xmo pegang sbb ada perasaan geli bila tgk dia.tgk dr jauh je la kot...haha..alahai ekor dia kena gigit ngan meow ke,cian dia dah kontot...;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Aishah...ambo pun memule geli gak. Ambo tutup mata dan sentuh kat belakang dia. Karang dah biase le..

      Delete
  2. x gigit ke?? --' kesian kena gigit ngn kucing.. berani pulak kucing tu ekh.. ahahha..--'

    ReplyDelete
  3. Ini bukan iguana..ini bearded dragon..huhu..

    ReplyDelete
  4. Ooo... spesies cicak le kot.. Thanks bagi info.

    ReplyDelete