Pages

26 January 2012

Mari Meng'Udang'


Selamat datang kepada semua.
Bertemu lagi..kita di ruang maya ini. Pada masa tu..nak mule citer ni, hujan kejap datang, kejap berhenti. Ombak laut..toksah tanya...tinggi sampai atas kepala. Nak candat sotong... jangan berangan le.. jangankan manusia, sotong pun mabuk kalau air laut macam tu.

Tangan dah gatal..bukan nak buleh duit, sebab tak dapat nak candat sotong. Kaki sungai pulak hantar dua keping gambar meracun fikiran aku yang murni ini untuk memancing udang. Sekali tengok, berkocak gak iman... tapi tahan, aku nak ngail sotong gak. Lastly..shortcut citer...maka aku telah terpengaruh juga dengan dakyah udang...walaupun aku tak nak. Maklumlah aku insan yang lemah. Maka aku pun mula meracun fikiran sorang lagi kaki sotong untuk menduga udang galah di atas mahligai buatan kami.

Kami turun pagi sebelum ayam kuar reban. Amik bot buruk...kayuh ke sangkar ikan. Cuba ngail... dapat lah seekor si jelita cam gambar kat bawah tu. Gumbira bukan kepalang... aku lah yang paling gembira kat dunia ni..kononnye. Mancing lagi...takdok.. sekor tu jar...emmm dah rezeki dapat sekor je ibu udang warna kuning.

Tengok le sendiri.. pinganggnya yang 
ramping dan menawan

Aku bawak balik beliau ke rumah...simpan dalam peti ais kononnya nak tayang kat member lain. Macam le dapat tangkap rusa....udang kecik je...eksyen lebih. Lepas masak..goreng kunyit je.. buang kulit, besar sikit dari ibu jari kaki je...sekali ngap, terus ghaib. Dok puas langsung makan... tapi yang pasti, rasa beliau lebih sedap daripada rasa seekor sotong.

Gambar racun pertama
Otai dari Kemaman... dapat bapak udang


Gambar racun kedua
Udang tu bukan dia punya...dia jumpa dalam sungai
Kan baik kalau udang tu lebih besar dari perut beliau
baru best wat kenduri


Udang ibu yang aku dapat
sama macam kat atas tu...eksen je lebih

Sama juga seperti udang di atas
Saje je ambik gambar lebih...udang tunggal le katakan.

Dalam diam-diam aku dah mula pasang niat nak mancing udang lagi. Bila yer... tengah sibuk sikit ni. Kalau hujan berhenti dan panas sekejap macam ni memang udang tengah galak menarik umpan. Satu yang pasti aku dapat lupakan sedikit rindu aku pada sotong kat laut tu... sekurang-kurangnya tak le bosan sangat. Walaupun udang sedap dimakan tetapi tarikan si sotong memang sukar untuk dilupakan apalagi hendak diceritakan atau digambarkan dengan kata-kata. Candat sotong lagi best..dari ngail udang.

Sabar.... masa sotong akan tiba juga nanti. Masa cam gini...terpaksa le aku menggagahkan diri melawat sungai-sungai mencari rezeki sesuap nasi. kihkih.
Ok ar.. jumpa lagi. Ngantuk dah ni. sok nak keja..bye.

11 comments:

  1. org cakap kat kawasan byk udang tu la ada buaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga..tp tak semua. Udang galah ni mahal dan sedap sangat kalau dimakan hinggakan dimonopoli dengan menakutkan orang lain.

      Bagi ambe...kalau kita dah sedia dari segi keselamatan..dan tawakkal. Kira ok le tu.

      Delete
  2. sesekali tukar selera sedap juga :-)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Udang lebih sedap dan lebih mahal berbanding sotong...best

      Delete
  4. beso jenggo..hehehe..hadoi..petang tadi dapat 2 ekor je udang..tu pon halus
    -meji-

    ReplyDelete
  5. salam abe din...abe din dh kene racun ke?
    ..jgn mrh,gurau jee..hihihiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time sotong takde ni...memang mudah kena racun. kihkih

      Delete
  6. yak..blog sutun jadi udang pulok..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gian dah weiii... xdapat sutun, udang pun ok. Camana boss baru???

      Delete