Pages

11 December 2011

Sesumpah Laut

Selamat datang kepada semua pelawat yang dikasihi.
Hari ni, rase malas sungguh nak update blog sotong ini. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan angin yang bertiup.... sejuk sampai ke tulang sotong menyebabkan otak dan fizikal aku semakin pasif. Tapi...bila aku lihat pelawat datang makin ramai... aku gagahkan juga menaip walaupun jari aku dah nak jadi rata. Bukan apa.. aku tak nak kecewakan korang... datang rumah aku kosong je, sama macam dulu, tak berubah pun. Bila aku gi rumah korang... semua dah tukar... background baru, entri baru... dan macam-macam lagi yang baru. Aku ni orang miskin... sebab tulah aku tak leh nak tukar baru tiap-tiap hari (sebenarnya malas). Aku harap korang faham le... kalau tak faham gak, buat-buat macam faham dah le.

Haaa.. hari ini nak cerita tentang satu lagi tabiat spesies lembut ini iaitu menyamar. Kalau kat darat kita ada sesumpah, 'pok ke' kata orang kat sini, yang cukup teror menyamar. Kat laut banyak haiwan yang pandai menyamar salah sengkor nya sotong. Sotong bukan sahaja pandai menyamar, beliau juga pandai meniru (rujuk post aku yang dulu-dulu).

Cer.. korang lihat kat bawah. Seekor sotong remaja sedang mengubah dirinya mengikut warna pasir tempat beliau diletakkan. Sekali tengok hampir serupa... ayam yang rabun, sah tak nampak benda alah ni. Tengok muke dia yang slamber dan tidak sedikitpun rase bersalah sebaik sahaja berjaya menyamarkan diri. Sebelum aku lupa... tujuan beliau
berkeadaan demikian adalah untuk menyelamatkan diri daripada musuh. Beliau memang sedap dan disukai serta selalu menjadi buruan pelbagai spesies penghuni laut seperti ikan dan penyu.



Kajian yang dibuat oleh saintis telah menunjukkan, sotong yang dilepaskan ke warna latar yang berbeza akan cuba beradaptasi dengan latar belakang barunya dalam beberapa minit. Semua maklumat yang dilihat dari matanya dihantar ke bahagaian kepala dan dipindahkan pula ke sel-sel warna yang terdapat pada kulit haiwan berkenaan. Hemm.. kalau aku boleh wat cam tu kan best....hampir serupa macam halimunan.



Gambar kat atas tu pula menunjukkan sotong cuba meniru latar belakang 'dam aji.' Gambar bawah pula, keadaan sotong yang sudah meniru latar berkenaan. Nak gelak pun ada sebab rupe dia kelakar sikit.. tak sama macam 'dam aji' pun. Silap la... patutnya omputih tu bagi tiru batik Terengganu ke... haa, baru ada klass. Tak pun letak je kain songket. Baru nampak tradisional sikit. Baru terbaek..



Korang cuba pula teliti gambar kat atas tu. Pada mulanya sotong hitam bertompok putih lari secara berundur ke belakang.. tak tahu sebab apa.. kena kejar toyol kot. Hampir dengan lubang dia dah start tukar warna kepada kelabu dan terus meniru background laut sebaik sahaja berhenti bergerak di dalam lubang. Ayam dengan itik memang payah nak nampak ni. Beliau akan selamat dari dilihat musuh jika berkeaan begini. Tapi bukan semua musuh. Ada sejenis jerung dan ikan pari yang boleh mengesan makanan hidup yang tertimbus dalam pasir dengan melakukan scan semulajadi dari atas.. lebih kurang macam batman le..

 

Gambar terakhir yang aku nak share dengan korang. seekor sotong coklat sedang berundur dikejar... tak apa yang kejar. Terus masuk celah soft coral dan terus menyamar seperti coral berkenaan (dalam bulatan).

Aku memang kagum dengan ciptaan tuhan. Aku sendiri pun tak sampai nak mikir.... kenapa boleh jadi cam tu. Saintis barat... la ni begitu bersemangat menguji perangai spesies ini. Cuba korang bayangkan jika mereka mengetahui rahsia dan mampu menirunya. Agak-agak korang apa tujuan atau aplikasi utama omputih tu? Haaa.. cer, jawab. Apa dok dengor..Senjata. Haa betul. Mala petaka yang terjadi kesan daripada inovasi berkenaan toksah  nak habaq la..mesti dasat. Kalau teknologi cam gini dapat ke Israel...lagi le dasat.

La ni pun diorang dah buat kapal terbang halimunan yang radar pun tak leh nak kesan. Telefon Nokia kepala ular korang lagi lah tak leh nak kesan. Tahun lepas telah dicipta sejenis cat ketenteraan yang boleh menghalimunankan kereta perisai dan khemah tentera. Inovasi dan perkembangan teknologi terbaru selalunya akan menentukan juara. Sotong merupakan salah satu spesies purba yang masih mampu bertahan dengan segala macam perubahan yang berlaku di laut. Tentunya ada sesuatu yang istimewa yang tidak dipunyai oleh spesies lain yang telah pupus. Rasenya salah satu keistimewaan itu ialah keupayaan menyamar untuk melindungi diri dari musuh.

Asyik sangat menaip... udah malam buta rupanya. Sebelum aku buta sebab lama sangat dok depan komputer buruk ni... lebih baik aku berhenti merapu. Tido pun best gak.. sejuk-sejuk ni. Rasa macam kat Cameron Highland le pulak. Orang kata kat sana banyak sotong betul ke?.. Bila le aku nak gi mancing kat sana... kihkih.
Jumpa lagi maa..Selamat malam.

10 comments:

  1. peh cayalah sotong~! blog ni semua pasal sotong ke abe din?? haha

    ReplyDelete
  2. r-5: Abe Din cuba cari tema tunggal. tak mahu campur dengan hal lain... senang orang datang cari info... lagipun setahu Abe Din, belum ada lagi blog khusus berkaitan sotong. Cuma nak share sikit pengalaman..sebenarnya Abe Din ni hardcore mancing ikan. Kih..kih

    ReplyDelete
  3. Sotong larikan diri memang mengundur ke belakang ke Abe Din?hehe tp memang hebat ciptaan Allah..nampak macam makhluk lemah, namun ada kelebihan yang tak ada pada manusia... ^_^ Subhanallah!

    ReplyDelete
  4. CkinKembaq: Itulah salah satu rahsia yang perlu difikir manusia. Allah itu Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  5. subhanallah. indahnya ciptaan Allah. perkongsian yang baik. pernah tengok kat tv pasal sotong yang boleh wat 'camouflage'(betul ke ejaan ni?) macam sesumpah.

    ReplyDelete
  6. Anyyss Shuhaimi : Betul, 'camouflage' merupakan keupayaan atau kaedah menyesuai, menyamar, beradaptasi di sesuatu persekitaran. Lebih kurang gitu maksud ye..Banyak lg haiwan leh wat camtu. Kalau haiwan pun dah hebat... yang mencipta.. yakinlah bertambah-tambah, Maha hebat. Subhanallah.
    Thanks Anyyss.. sudi datang dan bagi buah fikiran.

    ReplyDelete
  7. wah ..memang ajaib kan...suka blog ni...ala2 sotong gitu..salam kenal

    ReplyDelete
  8. tunz: Salam kenal.. mekasih datang blog buruk ambo..

    ReplyDelete
  9. kelah demo abe din..nok bguru weh braso.. bilo bleh jupo neh..kito nok nuntut ilmu lar belum pado mari musim candat neh..nok try ejo so so..beli kakah skatih2..ambo duk d kuantan ler nih.. ambo minat kelih nyandat di tepi pantai tu..napok mace mencabar jah...acu ajar ambo abe din...

    ReplyDelete
  10. Azman: Bereh boss. Kalau dah minat mesti jadi..Demo study dulu post-post kawe... nanti musim sotong...mari kat ambo...kito gi candat.

    ReplyDelete