Pages

04 December 2011

Memegang Candat

Salam untuk semua. Bertemu lagi di laman maya ini. 
Aku nak sambung citer berkaitan dengan gaya makan sotong. Pada kali ini, citer aku akan lebih menjurus kepada gaya sotong menangkap atau memegang jig udang. Gaya dan stail tangkapan sotong sangat mempengaruhi kejayaan menaikkan sotong. Maklumlah sotong ni.. spesies yang yang jarinya lembut sikit (aku tak kata kat saper-saper... jangan perasan ye)

Kalau ganas-ganas jari dia bleh putus.. kalau putus, memang sotong tu payah nak makan semula.. walaupun ada sekor dua yang memang degil giler. Tangan tak cukup masih lagi berselera mengejar dan memegang jig. Terlepas tiga empat kali... masih tak serik-serik.

 

Cuba korang lihat gambar kat atas tu... itulah gayanya sotong yang sudah keletihan. Mata candat tersangkut pada bahagian B (rujuk post sebelumnya). Bahagian B mempunyai pangkal tantakel yang lebih besar dan kuat. Walaupun begitu, korang masih perlu menaikkan sotong berkenaan dengan sabar dan berhati-hati.

Peratus sotong terlepas pada situasi ini (kedudukan sotong di permukaan air) adalah paling tinggi. Pecutan akhirnya adalah paling kuat dan laju. Jika tidak berhati-hati, korang akan berputih mata. Pada ketika ini, sotong yang kepenatan menyembunyikan dakwat terakhirnya dan sedia melancarkan pada bila-bila masa sahaja yang sesuai. Kalau timing tak kena... alamat hitam lah muka korang. Korang perlu bersedia dengan tindakan luar jangka spesies ini.



Dua gambar kecil sebelah kanan anda menunjukkan sotong memegang candat menggunakan tantakel yang paling panjang. Situasi ini selalu terjadi jika keadaan air laju atau jika anda menarik candat dengan cepat. Sotong yang tidak sempat mengejar candat selalunya melancarkan tantakel utamanya untuk memegang candat dan menariknya ke tantekal sekunder dan terus ke mulut. Jika sotong merasa sakit, ia akan memejut ke belakang dengan segera menyebabkan candat tidak sempat untuk dibawa ke bahagaian B.

Gambar utama dan sebelah kiri menunjukkan mata candat yang tertancap kukuh di bahagian B. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan jig ditarik dengan sangat perlahan dan memberi peluang sotong berkenaan mendapat jig tersebut dengat kemas. Peratus untuk menaikkan sotong dalam situasi ini sangat tinggi.



Lihat gambar sotong di tengah, bagaimana ia memeluk candat dengan lebih daripada satu tantakel. Dari pemerhatian aku, jika semakin banyak tantakel sotong yang mengenai mata candat maka semakin kurang peratus untuk sotong terlepas. Pernah beberapa kali, aku menaikkan sotong remaja yang memeluk kemas jig menggunakan kesemua tantakelnya. Paling mengejutkan, tiada satupun tantakel yang mengenai mata candat. Itulah kalau sudah rezeki.

Perlu diketahui bahawa aktiviti mencandat sotong ini adalah satu seni memancing yang lemah-lembut dan berhati-hati. Jangan tarik sotong macam tarik ikan paus. Tangan sotong sangat lembut. Kalau ada pemancing ikan tegar yang nak test pancingan sotong ini... aku nasihatkan korang buang dulu sifat agresif korang tu. Aku takut nanti takde orang nak mencandat bersama korang kerana jika sotong banyak terlepas, peluang untuk orang lain mencari rezeki juga semakin sempit.

Bak kata orang.. tak tahu tanya. Malu tanya sesat jalan.. kalau dah sesat jalan, macam mana korang nak gi mancing sotong.. kahkahkah..memang sah tak dapat sotong. Ok...nak gi wat keja lain plak. Jumpa lagi.
Abe Din.

13 comments:

  1. nice info...buleh juga nih nambah ilu pengetahuan ane..:)

    ReplyDelete
  2. Akhsa Nant: Syukur kalu ia berguna... sama2 berkongsi pengalaman yg sedikit.

    ReplyDelete
  3. info yang menarik ni :P cayalah abe din..mane tahu berkesempatan turun ke sane nti :P

    ReplyDelete
  4. Tima kasih Renjer, niat ambo nak kongsi je..bg orang tahu. Kalu nak mai sini.. hello je, bereh. Tunggu time sotong bnyak nanti.

    ReplyDelete
  5. menarik tu :P asyik mancing kat sungai je boring jugak :P

    ReplyDelete
  6. xpandai nak mencandat2 ni heheheh


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

    ReplyDelete
  7. renjer: ambo tunggu je..
    c'axoera: Tak cuba ... camne nak tahu boleh ke tak..

    ReplyDelete
  8. Bagus info nih, kawe baru first time nak gi candat sutung. Kawe biasa mancing udang galah, agak2 teknik "kelembutan" nak tarik sutung ni sama dengan tarik udang galah 800g kot.. Terima kasih kongsi ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous: Bagi perbandingan spesies yg sama berat, tarikan sotong perlu lebih lembut dan berhati-hati daripada udang. Risiko terlepas yang paling tinggi adalah udang galah. Sotong agak sukar terlepas jika terkena candat. Walaupun begitu, pengalaman memancing kedua-dua spesies ini sangat berbeza dan menyeronokkan. jika ada kesempatan ... ambe akan ulas perbezaan memancing sotong dan udang galah pada post yang berikutnya.

      Delete
  9. Salam peminat2 candat sotong, saya ada sikit kemusykilan mengenai perambut untuk candat sotong nih, boleh tak kita gunakan perambut jenis dawai yg telah di lekatkan dengan cili. Adakah panjang perambut itu akan mempengaruhi untuk mendapat sotong?..Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang eshard,
      Anda boleh terus ikat pada tali utama jika menggunakan joran. Perambut dawai tidak perlu. Sila rujuk post-post Abe Din sebelum ini.

      Delete
  10. Klau mancing kt telok nipah leh x..........nk candat dri tepi ad kew sotong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambe tak pernah sampai Telok Nipah... tapi tengok gambar nampak tempat sangat berpotensi. Cuba test kat tepi kawasan berbatu dan kawasan pulau. Mane tau ada rezeki..

      Delete