Pages

01 August 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadan untuk semua pengunjung yang beragama Islam. Pada bulan Ramadan ni.. aktiviti mencandat sotong terpaksa dihadkan sedikit. Bukan apa selalunya, Abe Din mencandat sotong pada sebelah malam selepas isyak... dalam bulan Ramadan ni... kalau pergi mencandat..  kena lewat sikit selepas tarawih lebih kurang pukul 10 atau 11 malam. Kalau esok kerja... kena balik awal. Petang? banyak kerja... nak cari juadah berbuka... badan pun kurang rajin nak gi candat petang-petang.


Bagi rakan-rakan semua, Abe Din mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa semoga mendapat kerahmatan daripadanya. Walaupun kita kerap keluar memancing atau mencandat, jangan sekali-kali kita lupa tanggungjawab sebagai seorang Islam... puasa kena jaga, solat kena jaga... baru hidup lebih berkualiti.

Tidak juga menjadi kesalahan jika kita keluar memancing dan mencandat di bulan puasa ini. Apa yang paling penting ialah tujuan kita untuk mencari rezeki yang halal. Janganlah puasa dijadikan alasan untuk tidak membuat perkara biasa yang telah dihalalkan. Setiap yang dilakukan akan menjadi ibadat dan mendapat ganjaran daripada-Nya selagi kita ikhlas dalam melakukan pekerjaan berkenaan.

Kita perlu fahami dan perluaskan konsep ibadat di dalam mencari keredahan-Nya. Jangan lepaskan peluang untuk berbakti, beribadat dan bersedekah di bulan yang mulia ini kerana ganjaran yang dijanjikan adalah berlipat kali ganda. Apapun yang dilakukan ikhlas perlu didahulukan..

Sekian untuk kali ini, Selamat berpuasa semoga mendapat rahmat daripada-Nya.
Abe Din

1 comment: