Pages

14 July 2011

Mahalnya Sotong..

Salam untuk semua.. berjumpa lagi di sini... Rasa macam lama je tak update blog sotong ni.. Hari ni baru buka kononnya hendak post entri baru.. terkejut sakan bila tengok perubahan pada blogspot. Pening lalat sekejap.. camana nak taip, upload dan macam-macam lagi... kejap je pening... dah ok pun.

Hari ini nak cerita tentang harga sotong yang melambung di Kemaman. Nampaknya pada tahun ini musim sotong torak tidak begitu menjadi di Kemaman. Nelayan-nelayan tempatan yang mencandat torak pulang dengan hasil yang tidak seberapa. Banyak juga trip-trip mencandat yang kecundang. Walaupun begitu, ada juga kedengaran beberapa kumpulan pencandat dan nelayan yang bernasib baik.

Pada penghujung bulan Jun baru-baru ini, Abe Din sempat merayau-rayau di pasar tani di Kerteh. Kononnya singgah mencari umpan untuk memancing ikan. Sampai di gerai ikan, ternampak gerai menjual sotong mabang yang masih segar. Cuba tanya harga... RM18 sekilo. Macam tak percaya rasanya... menurut tuan gerai berkenaan, sotong agar sukar diperolehi pada tahun ini menyebabkan harganya agak mahal sedikit.

Sekilo lebih kurang 2 atau 3 ekor


Perut buncit... mesti ada telur


Sotong jarum dan ketupat berkualiti rendah. 
Ada kulit yang telah tertanggal. 
Tantakel nampak sedikit lembik dan tidak segar.


Cuba lihat bandingan saiz sotong dan jari Abe Din


Satu-satunya gerai yang menjual sotong


Kalau macam ini... payah le sikit nak makan sotong. Esoknya Abe Din bercerita dengan rakan sekerja tentang harga sotong berkenaan. Sedikit terkejut apabila rakan Abe Din mengatakan harga berkenaan lebih murah dari sotong yang dibelinya beberapa hari sebelum itu di bandar Chukai iaitu RM20 sekilo.

Kenapa sotong semakin kurang? Mungkin banyak yang perlu diperhalusi dan dikaji. Adakah kehadiran sotong di perairan Terengganu ini akan mengikut jejak langkah penyu yang semakin berkurangan setiap tahun? Mungkin juga ada cara untuk menyelesaikan kemelut ini, cuma belum dijumpai atau ianya tidak begitu penting untuk diselesaikan. Siapa sebenarnya mangsa? nelayan atau pengguna? Susah juga ye.....

Jumpa lagi..
Abe Din

3 comments:

  1. sedap sutun celup tepung ...p gak mhl nguh ,..10 ingit sekor ...

    ReplyDelete
  2. Issh mahalnya... baik beli ayam... puas makan.

    ReplyDelete
  3. ayam hutan pun sodappppp..... lama dop makan sotong sebab mahal, skrg makan udang galah jer... mancing bawah jambatan kedua jln mak lagam... Dengor khabaor permit pukat tunda di kemaman ni dah di'dekat'kan.. dari 4 batu nautika kepada 2 batu nautika dari pantai.. mungkin sebab tu sotong makin kuraeng... habis benih disapu pukat tunda..

    ReplyDelete