Pages

18 May 2011

Sotong Pertama 2011

Salam sejahtera kepada semua pelawat yang sudi bertandang. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Lama tidak update... rasa gatal je tangan. Walaupun lama tidak ke talian, namun aktiviti memancing masih diteruskan bila ada kelapangan.

Pada masa ini, sotong torak masih kurang di candat di perairan Kemaman. Kemunculan sotong torak sangat kurang di sini. Walaupun begitu, torak masih boleh dicandat di perairan Marang dan Kuala Terengganu. 

Faktor kekurangan masih tidak diketahui. Sotong mabang juga seolah-olah terkenba tempiasnya apabila dikatakan kurang dicandat di perairan Kemaman. Kehadiran mabang masih menjadi teka-teki dan jumlah yang ditangkap sangat kecil berbanding tangkapan di dalam bulan yang sama tahun lepas.


Abe Din sempat mengadakan beberapa trip mengilat mabang di Kerteh. Hampir semua trip yang dijalankan mengalami kegagalan. walaupun begitu, Abe Din ada melihat rakan-rakan pengilat yang lain menaikkan mabang bersaiz sekilo. Walaupun hanya seekor berjaya ditangkap, sekurang-kurangnya ia memberi satu tanda bahawa mabang sudah menghampiri pesisir pantai Terengganu.


Trip melenguhkan bahu. 100 kali membaling candat... satupun tak dapat.

Kalau jatuh... memang kenangan pahit.

Trip awal Mei: Selepas bermain badminton dalam pukul 9 malam, kawan call ajak mencandat. Macam orang mengantuk disorongkan bantal, terus ke port mencandat. Sampai di sana, seorang pencandat baru sahaja menaikkan seekor sotong mabang bersaiz sekilo.

Tanpa membuang masa, saya dan rakan terus membaling candat... tak dapat. Terus ke hujung batu lebih kurang 5 minit meniti di atas batuan. Baru beberapa minit membaling candat... hujan lebat dengan kilat dan guruh mula bergantian. 

Kami terus patah balik. Disebabkan hujan lebat... batuan menjadi sangat licin, kasut dah tak boleh mencengkam batu. Apalagi... jeng... jeng..  dapat hadiah macam kat bawah tu. Mak... sakit.

Susah payah meniti batuan mengharung hujan lebat dalam lebih kurang 10 minit baru sampai ke pantai. Kasut penuh air... syukur selamat. Singgah kat pondok orang jaga penyu kejap dan ..... balik. Sotong tak dapat... sakit je boleh.

Serik, serik... memang tak nak pergi dah candat sotong. Boleh caya ke... kih..kih.. dua hari lepas tu... pergi lagi dengan kawan (degil sungguh). Air laut memang jernih... bulan mengambang cukup cantik. Sotong masih belum dapat dicandat sehinggalah pukul 12 malam.


Seketika kemudian, rakan Abe Din mendapat seekor sotong mabang. Dia cukup gembira dan sombong kerana inilah sotong pertama yang didaratkan dalam tahun 2011. Seketika kemudian seorang lagi rakan mendaratkan seekor sotong jarum Saiz kecil. 


Wah... ni dah lebih, Abe Din sekor pun tak dapat. Tarik pun takde. Memang rezeki dah ditentukan... maka seketika kemudian dapat jugalah seekor mabang bersaiz kecil. Sempat juga rakam gambar macam kat bawah tu...



Kami bertiga pulang dengan membawa seekor sotong setiap seorang... sotong pertama tahun 2011. Sekurang-kurangnya kami tahu, sotong dah datang ke pantai Terengganu. Selepas ini... trip kedua hingga ke seribu sedia untuk dilancarkan... kih...kih... 

Selamat mencandat kepada semua..
Abe Din

3 comments:

  1. tak paham le.. sebab sy x tahu pasal sotong ni. huhu....

    mabang tu ape?
    mengilat tu ape?

    ReplyDelete
  2. SoutulMujahid:Biasa le tu kalau xfaham... apalagi kalau bukan bidang kita. Mabang=nama sejenis sotong, Mengilat=Teknik memancing sotong.

    Kalau nak lebih info.. sila lihat post2 yang lebih awal. Terima kasih atas minat dan komen yg diberi.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah, banyaknye sotong sini, seronok tgk gambar org tangkap sotong, tak penah tgk lagi situasi tu

    ReplyDelete