Pages

13 April 2011

Telur Sotong

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua pengunjung blog sotonglaut. blogspot.com

Pada kesempatan ini, Abe Din masih lagi ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasihkepada semua pengunjung terutamanya individu yang sudi menjadi pengikut blog sotonglaut ini. Abe Din berharap semua info yang terdapat di laman ini akan dapat disebar luas dan dikongsi bersama rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan melawat blog kecil ini. Terima kasih juga kepada pengunjung yang sudi menghantar komen pada post-post sebelum ini.
 
Sotong sedang mengawan dan bertelur

Pada post kali ini, Abe Din akan berceloteh tentang telur sotong. Mungkin ramai di antara kita adalah peminat telur sotong. Telur sotong tidak bercengkerang dan mempunyai tekstur yang lembut. Telur sotong mengandungi kandungan air yang menyebabkan ia agak lembik pada peringkat awal kematangan telur. Oleh sebab itu telur sotong mudah pecah dan berkecai. 

Pada kebiasaannya, telur sotong berwarna putih susu pada peringkat awal, berbiji-biji putih di peringkat separa matang dan berbiji-biji gelap pada fasa akhir sebelum penetasan berlaku. Ketika fasa akhir, anak sotong yang kecil boleh dilihat bergerak-gerak di dalam biji-biji telur berkenaan. 

Ketika telur sotong berada di dalam tiub badan, bentuk telur akan dikekalkan oleh badan sotong. Bentuk telur sotong adalah berbeza mengikut spesies. Ada yang berbentuk memanjang, bulat, dan bentuk tidak sekata.

Lokasi-lokasi pilihan sotong untuk bertelur

Sotong memillih tempat yang berbeza-beza untuk bertelur mengikut spesies. Sotong Torak, jejarum, ketupat, dan mabang memilih lokasi cetek yang boleh ditembusi oleh cahaya matahari bagi membantu proses penetasan telur. Selalunya sotong jenis ini bertelur secara kumpulan besar dan setempat. Sotong kurita pula bertelur di kawasan tersorok dan biasanya bertelur secara sendiri atau kumpulan yang kecil.

Proses dimulai dengan ritual mengawan yang melibatkan kumpulan sotong. Dari pembacaan Abe Din, sotong bukan jenis haiwan monogami tetapi pemilihan pasangannya adalah rawak dan sukar ditentukan. Beberapa spesies sotong seperti sotong mabang akan berlawan bagi merebut seekor sotong betina. Ada juga sotong bersaiz lebih kecil mengambil kesempatan mengawan dengan sotong betina ketika jantan yang lebih besar sedang mengancam antara satu sama lain.

Pengalaman Abe Din menunjukkan bahawa sotong yang sedang mengawan tidak begitu berminat untuk menyambar jig udang. Sotong yang sedang mengandung telur pula lebih berminat untuk menyambar jig begitu juga sotong yang telah bertelur. Abe Din tidak dapat memastikan adakah sotong yang sedang bertelur mempunyai minat untuk menarik jig.

Ketika proses ritual mengawan, semasa bertelur atau dengan kata lain ketika sotong berkumpul dalam kumpulan yang banyak, berlaku kecederungan untuk sotong mencederakan sesama sendiri terutamanya bagi spesies sotong jarum, cumi-cumi dan torak.

 
Anak sotong yang mula menetas

Sotong torak dan mabang yang begitu popular di Terengganu bertelur dalam kumpulan yang besar. Lokasi telur berkenaan dikenali sebagai "kandang" oleh masyarakat setempat. Jika di kawasan laut lepas terdapat banyak "kandang" sotong yang perlu dicari pemancing. Setiap tahun lokasi "kandang" akan berubah-ubah mengikut lokasi pasir yang terbentuk di tengah laut. Kemahiran tekong mencari "kandang" tentunya akan membuahkan hasil yang lumayan kerana lokasi berkenaan merupakan tempat berkumpulnya beribu-ribu sotong. (Cara-cara mencari "kandang" telah Abe Din bincangkan di dalam post sebelum ini)

Sotong yang mempunyai telur boleh dikenalpasti dengan melihat bahagian abdomennya yang nampak sedikit membengkak dan mengeras. Telur sotong memang sedap... setakat ini belum ada yang palsu macam telur ayam tu...kih.kih. Jika anda mempunyai stok telur sotong yang banyak tentunya pelbagai resepi boleh direka dan dicuba.
 
Telur sotong selalunya agak lembik dan mudah pecah. Keadaan ini akan menyukarkan kita untuk mencuci bahagian dalam badan sotong. Satu cara yang boleh dipraktikan ialah dengan menyimpan sotong di dalam peti sejuk. Selepas dibekukan sedikit, proses mengeluarkan telur, membuang dakwat dan mencuci akan menjadi lebih mudah.

Telur sotong boleh dimasak secara berasingan atau dibiarkan berada di dalam badan sotong. Jangan buang telur sotong... rugi... kerana sotong tidak bertelur sepanjang masa. Kita jarang melihat sotong yang dijual mempunyai telur. Tidak mustahil jika dikatakan sotong bertelur setahun sekali bergantung kepada spesies. 

Tidak lama lagi "si panjang" atau sotong torak akan mula ditangkap di perairan Terengganu. Mungkin ramai yang ingin tahu kenapa pada masa-masa tertentu sahaja sotong spesies ini mengunjungi pantai Timur? Jawapanya hanya satu iaitu untuk mencari makan, mengawan dan BERTELUR.

Semoga berjumpa lagi..
Abe Din

30 comments:

  1. masa keik2 suka mkn telur sotong tp bila dah besar ni rasa tak best pulak!

    ReplyDelete
  2. kat mane jual telor sotong ye?nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Abe Din belum jumpa pemborong yang jual telur sotong. Selalunya kita dapat dari sotong yang dibeli di pasar. Sotong bertelur dapat dikenali melalui saiz perutnya yang lebih buncit dan gemuk. Mungkin ada rakan-rakan yang boleh membantu lina...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Kat mana nk dapatkan telur sotong ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dapat telur sotong sahaja... selalunya telur diperolehi bersama sotong yang dibeli. Jualan telur sahaja... tak pernah ambe jumpa lagi.

      Delete
    2. Saya dapat senang je.. Beli kat Fiza frozen food... Stock Telur Sotong sentiasa ada..agent seluruh Malaysia.. Siap bagi resepi skali...hihi..

      Delete
  4. Ada orang jual telur sotong kat dalan fb, cari kat sana. 2 kilo RM60.

    ReplyDelete
  5. Ramai org jual telur sotong skarang..1kg rm35

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... boleh dapatkan telur sotong dari saya.. untuk maklumat lanjut boleh whatsapp 0172085500.. tq

    ReplyDelete
  7. saya ada menjual telor sotong berminat blh whtsp sy di 0126323635

    ReplyDelete
  8. Tq abe din good info :-) sblm ni jual je skg dh tw sejarah nye..sy agen jual telur sotong area kl 0133218907

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kepada semua yang datang promosi. Abe Din dapat E-mail ramai yang suka telur sotong tapi tak tau nak beli kat mana. Harap rakan-rakan boleh terus berhubung dengan diorang. Terima kasih kepada semua.

    ReplyDelete
  10. Saya menjual telor sotong area Temerloh/Jerantut
    019-9807113
    017-3293607

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... sesaper yang minat boleh contact number kat atas tu..

      Delete
    2. Sotong kurita hidup mane nak Cari pembekalnya..Bak buat umpan mancing

      Delete
  11. Fiza frozen food tu ade cawangan kt kl x?

    ReplyDelete
  12. salam. sy ada menjual telur sotong untuk kawasan selangor. boleh email sy ke dapurfrozen@yahoo.com untuk details, atau whatsapp 0108949802.

    Thank You.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas iklan anda... ramai yang cari telur sotong ni... tapi ambe pun xreti nak jawab.. ada jual kat mana..moga sesiapa yang berhajat terus berhubung dengan penjual.

      Delete
  13. saya menjual telur sotong, ketam bunga giant, soft shell crab, bamboo lala dan bermacam-macam lagi frozen food. kalu berminat boleh contact saya 0122645584

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa berminat boleh berhubung terus dengan tuan iklan. Thanks

      Delete
  14. Salam...saya penjual telur sotong area dungun, paka, kerteh, kemaman... Berminat sila hubungi saya di 01117869293

    ReplyDelete
  15. Saya menjual Telur sotong area putrajaya. Berminat boleh hubungi saya do 0162906576

    ReplyDelete
  16. Telur sotong frozen RM30/kg free delivery KL area. Whatsapp 0148420670

    ReplyDelete
  17. Saya menjual telur sotong. Jemput lawat FB page/IG TelurSotongPutrajaya
    +60105050970

    ReplyDelete
  18. Abe Din.. Sya perlukan contact nombor pembekal telor sotong "fresh".. dari sekitar Alor Setar/Jitra untuk mulakan bisnes baru saya dalam masa terdekat.. Ni. Nombor saya yang boleh dihubungi..0194779499 (Syam) Hrp tuan boleh bantu.. TKaseh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kawan2 yang ada jual telur sotong boleh hubungi rakan kita, Guna nombor yang Syam bagi kat atas tu. Harap terus maju jaya.

      Delete
  19. Kat seri kembangan ada jual. Surya Frozen seafood.. Blh layari facebook dia.

    ReplyDelete