Pages

25 April 2017

Torak Laut Kuantan

Salam Kunjungan semua ahli PEN dan warga maya sotonglaut. Laporan dari Otai Kuantan, saudara Zul. Trip beliau diadakan pada 15 April 2017, di sekitar laut Gebeng, Kuantan. Bertolak dari jeti pada pukul 12.15 tengahari dan tiba di unjam darat pertama pada 3.30 petang. Jenis bot yang digunakan: Bot kelas B lesen A berkelajuan 6-7 knot.

Sotong torak dilaporkan galak menyambar umpan sehingga waktu maghrib. Berubah tempat sebanyak 3 hingga 5 kali bagi mencari kedudukan kandang sotong yang sesuai. Hasil memang memuaskan. Sebanyak 2 tong minyak hitam lori dipenuhi dengan sang torak. Peserta bertolak pulang pada pukul 4.30 pagi dan tiba pukul 7 pagi di jeti.



Menunggu sotong menarik jig



Saiz kecil yang mengujakan


Sotong bermain di bawah cahaya lampu


Laluan bot yang mendamaikan


Sepanjang trip, peserta disambut dengan tiupan angin timur laut dengan bacaan gelombang level 1-2. Angin timur berhenti pada pukul 9 malam dan laut menjadi linang pada pukul 11.30 malam.





Hasil yang boleh tahan dan berbaloi



Senjata perang yang digunakan



 Peluru rahsia yang sangat menarik sotong



Candat killer selain candat umpan ialah candat mayat kepala merah berbadan putih. Yamashita egi calamari 1.5 corak ikan juga membuka selera sotong pada ketika itu. Bacaan air, ombak dan angin yang tepat memang mampu melonjak jumlah tangkapan. Persediaan rapi sebelum trip adalah salah satu faktor yang perlu diberi keutamaan selain ilmu.

Semasa artikel ini ditulis, sotong torak sudah mula menghampiri perairan Kemaman. Sotong torak dikesan ditangkap pada skala besar berhampiran Hotel Strawberry, Kijal. Kehadiran torak di perairan Kemaman memberi satu petunjuk yang jelas bagi kehadiran mabang di pantai. Lepas ini, masing-masing perlulah rajin-rajin meninjau pesisir berdekatan-Abe Din

Gathering PEN 2017

Salam kunjungan semua sahabat PEN dan sahabat maya sotonglaut. Paadakan perda 13 April 2017, beberapa orang warga PEN teleh mengadakan perjumpaan pertama bagi tahun 2107 di Pantai Sura berdekatan dengan UITM Dungun.

Perjumpaan disertai beberapa orang ahli PEN. Ada juga yang membawa bersama isteri dan anak-anak. Perjumpaan juga diadakan sempena lawatan Otai Eging Singapore, Apizz ke Terengganu.



Antara ahli PEN yang berkesempatan hadir

Zaim sibuk memusing-musing ayam panggang

Sambil bertanya khabar, berkongsi pengalaman, ahli juga sempat melihat senjata-senjata baru dari seberang. Sempat juga cuba-cuba joran mahal kepunyaan Apiz. Ahli-ahli Dungun sempat mengumpulkan sumbangan bagi membina unjam pantai sebagai persediaan menyambut kedatangan sotong.

Sambil bercerita dan berkongsi pengalaman

Lapar...boleh makan ramai-ramai

Damai sunggu, sotong je takde

 Sesi Menge"test" Squidlaw

Beberapa siri perjumpaan dijangka akan diadakan lagi pada masa akan datang bagi tujuan pengembangan ilmu dan perkongsian pengalaman eging. Diharapkan semoga perjumpaan berikutnya akan disertai lebih ramai lagi ahli PEN-Abe Din

24 April 2017

Amukan Awal di Dungun

Salam kunjungan semua warga PEN dan sahabat maya sotonglaut, Tarikh 18 March 2017, berita diterima dari Setiausaha PEN mengatakan sotong mabang mula mengganas di Tanjung Jara, Dungun. Masa aktif menyambar umpan sekitar pukul 8 hingga 9 pagi.

Saiz tak begitu besar tetapi ramai dan ganas. Berikut disertakan sekali spesifikasi alatan perang yang digunakan oleh saudara Zul:

Rod: vfox squid rod egi 8'6
Reel: Ryobi Applauses 2000 model 2016
Jig: Yamashita egi sutte redhead 2.2, Asuka Oren 2.5



Suka ngat boleh sotong

Group lari dari rumah
tak nak dengar asihat ibu


Hodoh tapi sotong kata cantik dan menarik
'

Kawasan kawanan bermain

Power tempat ni..

Sotong Pertama PEN 2017

Salam kunjungan semua Warga PEN dan pengunjung maya. Sotong pertama warga PEN Terengganu berjaya didaratkan dan direkodkan sekitar 18 March 2017. Tangkapan sotong mabang didaratkan di sekitar perairan Dungun pada malam hari.

Pendaratan pertama sudah tentu akan membakar semangat warga PEN khususnya untuk mendaratkan sotong berikutnya. Petanda awal kehadiran sotong di perairan Terengganu telah ada. Semangat mula dibakar.
 

Sotong Pertama didaratkan oleh Saudara Zaim. Admin blog sotonglaut telah menjanjikan hadiah jig kepada mana-mana ahli PEN yang mula-mula sekali mendaratkan sotong di perairan pantai timur tidak termasuk kasawan kepulauan dan juga Pesisir Singapura. Tahniah kepada Zaim..
 
Inilah rupa sotong pertama yang diidamkan

Hadiah sebagai perangsang 
daripada Admin sotonglaut.

Semasa artikel ini ditulis, ramai ahli PEN telah mendaratkan sotong masing-masing. Banyak sotong jarum didaratkan dari pesisir pantai. Manakala kaki laut telah mendaratkan berkilo-kilo sang torak. Ada juga mengabang didaratkan di kawasan Dungun dan Kemaman, Kota Singa tak payah cakap... setiap minggu ada tangkapan. Seekor Katak dikesan berjaya ditangkap di Kemaman oleh Saudara Kamal.

Walaupun Sotong sudah mula masuk... tangkapan bagi mengabang sangat sedikit. Tangkapan di pulau ular dari empat trip yang dijalankan masih lagi hampa. Tiada mabang dikesan. Semua warga PEN sedang giat berburu bagi mendapatkan mabang dalam skala besar. Masa akan tiba jua nanti-Abe Din