Pages

10 October 2016

Pemenang Eging Summit 2016

Salam kunjungan untuk semua. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, beberapa pertandingan tertutup telah diadakan di sepanjang himpunan eginger PEN 2016. 

Antara pertadingan yang diadakan termasuklah:
1. Best Eginger Pulau Ular 2016
2. Tangkapan Paling Awal
3. Tangkapan Terberat 
4. Tangkapan Terpanjang
5. Hiasan jig paling kreatif

Berikut adalah keputusan keseluruhan pertandingan yang telah diadakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan himpunan kali in. Terima kasih juga kepada penyumbang hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Semoga tahun hadapan berjumpa lagi-Admin PEN


Apizz-The Best Eginger
Pulau Ular Eging Summit 2016

 Amin-Tangkapan Awal Pertama
Pulau Ular Eging Summit 2016


 Ustaz Zul-Tangkapan Awal Ke-2
Pulau Ular Eging Summit 2016

 
 Apizz-Tangkapan Awal Ke-3
Pulau Ular Eging Summit 2016
 

 Ikhwan-Tangkapan Terpanjang & Terberat Pertama
Pulau Ular Eging Summit 2016

Azan-Tangkapan Terpanjang & Terberat Ke-2
Pulau Ular Eging Summit 2016

 
Suad-Tangkapan Terpanjang & Terberat Ke-3
Pulau Ular Eging Summit 2016

 Azan-Ubahsuai Jig Paling Kreatif Pertama
Pulau Ular Eging Summit 2016

 Doc. Ridzuan-Ubahsuai Jig Paling Kreatif Ke-2
Pulau Ular Eging Summit 2016

Hafizzudin-Ubahsuai Jig Paling Kreatif Ke-3
Pulau Ular Eging Summit 2016


 Kamal-Jumlah Tangkapan Terbanyak Pertama
Pulau Ular Eging Summit 2016

 Doc. Ridzuan-Jumlah Tangkapan Terbanyak Ke-2
Pulau Ular Eging Summit 2016

Arfizi-Jumlah Tangkapan Terbanyak Ke-3
Pulau Ular Eging Summit 2016


Eging Summit 2016

Salam kunjungan semua sahabat sotonglaut. Pada 3010/2016 dan 1/10/2016 (sabtu dan jumaat) satu himpunan eginger terbesar telah berkampung di Pulau Ular Cherating. Seramai 18 orang perserta telah mengambil peluang mengikuti trip terakhir pulau bagi tahun 2016.

Banyak aktiviti dirancang dan diatur bagi memeriahkan lagi perjumpaan ahli pada kali ini. Antara tujuan utama penganjuran adalah bagi bertukar-tukar fikiran dan mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli PEN. 

Antara aktiviti yang dijalankan di sini termasuklah:
1-Tangkapan Sotong Terawal (1,2,3)
2-Tangkapan Sotong Terberat (1,2,3)
3-Tangkapan Sotong Terpanjang (1,2,3)
4-Tangkapan Sotong Terbanyak (1,2,3)
5-Best Eginger Pulau Ular 2016- Anugerah Khas

Nilai hadiah yang dipertaruhkan sebanyak RM750.00 adalah sumbangan daripada individu yang tidak mahu dirinya dikenali. Sebagai penganjur, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Eging Summit pada tahun ini. Insyaallah tahun hadapan, perhimpunan akan ditambah baik lagi. Segala kekurangan amat dikesali. Terima Kasih semua-Admin PEN.


 Himpunan Besar Eging Summit 2016

 Bergambar Sebelum Wisel Permulaan Ditiup

 Ketibaan Otai Temerloh, Pahang

 Ketua Hakim Pertandingan

Tak Sabar Menanti 

 Mencari Sotong Saat Akhir Sebelum Tempoh Tamat


 Masa Berbaki 30 Minit Lagi

 Memburu Sotong Di Belakang Pulau

 Wakil Dari Kelantan

 Memburu Sotong Idaman

 Memburu Sotong Pertama, Kedua dan Ketiga

 Wakil Dari Singapura

Tangkapan Terawal Menggunakan Umpan Budu

 Sotong Terpanjang Dan Terberat


 Pertandingan Menghias Jig

 Jig Yang Memenangi Pertandingan hiasan


 Sotong Pulau Yang Kecil Tapi Kuat Tarik

 Sekali Tengok Macam Di Jepun

 Sotong Yang Ditunggu Telah Tiba


 Tangkapan Sulung, Terberat Dan Terpanjang

 Jig Bintik.. Hiasan Killer

 Sebelum Pulang Ke Destinasi Masing-masing


 Makan Dulu...

Orang Jauh Datang Bertandang
Wakil Johor Dan Singapura

"Terima kasih daun keladi untuk semua"
"Persahabatan bukan boleh dijual beli"


Baju Baru PEN

Salam untuk semua. Baju Persaudaraan Eging Nusantara (PEN) telah berjaya dihasilkan menggunakan teknik Heat Press. Bahan yang digunakan adalah kain  lembut dan sejuk. Limited Stock... jumlah sangat terhad. Harga RM45. Jika berminat boleh hubungi Admin melalui alamat email yang terdapat dalam blog-Admin PEN
 



 
 

Memujuk Si Penakut

Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini, aku nak kongsi satu teknik yang selalu aku guna ketika eging secara landbase. Teknik ini sekian lama digunakan bagi memujuk sotong penakut dan sotong yang curiga dengan jig. Istilah sotong culas lebih tepat jika digunakan.

Aku suka mengaplikasi teknik ini ketika air laut pasang, mula menyurut dan keadaannya tidak bergelora. Mungkin korang pernah alami, sotong-sotong agak takut untuk memegang jig ataupun sotong kerap menyentuh dan melepas kembali jig yang di pegang. Cuba korang gunakan teknik memujuk ini. Teknik ini juga aku gunakan kita sotong tidak begitu galak memegang jig. Jika kita mengamalkan teknik agresif yang memerlukan banyak tenaga, kita akan cepat letih dan lenguh. Teknik ini juga dapat memberikan sedikit kerehatan pada lengan dan tangan kita. 

Idea penciptaan teknik ini menekankan kaedah tarikan jig secara lembut dan perlahan. Secara peribadinya, aku tidak begitu berminat menggunakan teknik Jepun yang kasar, agresif dan memenatkan. Teknik Jepun ini sesuai digunakan di kawasan laut yang dalam. Ketika mula-mula mengenali eging, teknik eging Jepun adalah teknik eging yang pertama aku kaji dan cuba. Selepas beberapa bulan mencuba di Perairan Pantai Timur, aku rumuskan teknik terbaik adalah teknik yang mengaplikasi kombinasi pergerakan lembut dan lambat. 

Teknik ini tidak pernah aku jumpa digunakan di luar negara seperti Australia dan Jepun kerana mereka beraksi di kawasan perairan yang dalam dan memang sesuai teknik yang agresif dan cepat. Di perairan negara kita yang rata-ratanya berkeadaan landai, teknik karauan perlahan dan lembut adalah yang terbaik. Aku tidak meminta korang semua bersetuju dengan pendapat aku. Ini hanya pengamatan dan pengalaman selepas bertahun-tahun terlibat dengan sukan eging. Bagi aku gaya yang menarik tidak penting tetapi mendapatkan sasaran dengan teknik yang sesuai di kawasan itu lebih diutamakan. Apa guna gaya yang menggerunkan penonton tetapi hasil yang diperolehi oleh seorang budak kampung biasa yang menggunakan peralatan ala kadar lebih memuaskan.

Pada kali ini aku senaraikan gaya eging yang selalu aku guna dan banyak membantu aku ketika menjerat sang lembut:
Ranking 1-Tarikan selari dasar, karau lembut dan berhenti-henti
Ranking 2-Tarikan lembut diselang seli dengan henjutan ke atas.
Ranking 3-Memujuk

Teknik ranking ke 3-memujuk , adalah teknik utama yang akan aku perturunkan pada post kali ini. Semoga korang dapat memahami dan mengaplikasi dengan baik. Perlu juga diketahui, selaman, henjutan dan karauan bergantung kepada berat jig dan peralatan yang korang guna. Bagi aku jig selaman perlahan seperti Yamashita adalah pilihan utama.



Teknik memujuk
A-Balik jig sejauh mungkin
B-Biarkan jig jatuh bebas mengikut kedalaman yang dikehendaki *(1)
C-Gulung tali perlahan hingga tegang, buat henjutan jauh ke atas *(2)
D-Biar tali jatuh sehinga pertengahan jarak henjutan *(3)
E-Karau tali, tiga atau lima pusingan kekili dengan perlahan *(4)
F-Biarkan jig jatuh seperti kedudukan (B) *(5)
G-Ulang langkah (C) hingga (F)
H-Buat karauan perlahan apabila jig sudah hampir dengan tebing *(6)

Rasanya setakat itu dahulu pengkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. Sama-samalah kita majukan dan perkenalkan sukan eging ini ke seluruh nusantara. Sehingga berjumpa lagi-Abe Din

"Berkongsi Ilmu Bermanfaat Walaupun Sedikit Adalah 
Lebih Baik Daripada Hanya Mengambil 
Manfaat Tanpa Berkongsi Apa-apa"


07 October 2016

Mencari Petunjuk Utama

Salam kunjungan kepada semua pelawat. Pada post kali ini, ambe ingin kongsikan beberapa tips eging yang tidak diambil peduli oleh eginger di luar sana. Ketika mula-mula keluar untuk menjejak sotong mabang, kita memang memasang sedikit niat untuk mendapat rezeki yang lebih baik dan memuaskan. Terkadang, kita hanya bergerak ke lokasi... sampai, baling jig, tarik beberapa kali.. jika tiada sambutan kita terus pulang hampa. Paling menyedihkan... kita tak dapat sebarang hasil, saing kat sebelah tarik lepas sekor, sekor dan lagi. Berbulu mata tengok.

Apabila kita hendak memulakan aktiviti eging, beberapa perkara utama yang perlu diperhatikan termasuklah keadaan air, kejernihan air, keamatan cahaya, pemilihan jig dan juga keselamatan sekeliling (telah dibincang dalam catatan terdahulu). Terdapat dua faktor lagi yang juga sangat penting untuk diambil tahu oleh eginger bagi memastikan hasil tangkapan tidak mengecewakan. 

Faktor Pertama: Kedudukan Sotong Mengikut Paras Air Laut
Kita sangat perlu tahu, pada ketika itu dimanakah majoriti sotong berada? Bagi memudahakan perbincangan, ambe bahagikankan paras laut kepada tiga bahagian utama iaitu atas, tengah dan bawah. Kebolehan kita menganggar dengan tepat kedudukan sotong mampu melonjakkan hasil tangkapan. Kesan sentuhan sotong yang paling kerap di paras mana? maka pastikan jig anda dihantar dengan tepat ke lokasi yang dijangkakan. 

Jika air terlalu masin sotong kerap berada pada paras pertengahan ke atas di waktu malam. Pada waktu siang pada paras tengah ke bawah. Jika musim hujan lebat, air bahagian atas lebih tawar dan sotong lebih cenderung untuk lepak di bahagian bawah hingga ke dasar. Faktor gangguan persekitaran juga mampu mengubah kedudukan sotong dengan cepat. Jika air keruh, sotong boleh berada di bahagian tengah ke atas berbanding air yang jernih, sotong lebih suka berada di bahagian bawah dan berstruktur.

Faktor Kedua: Pemilihan Jenis dan warna Jig
Baling beberapa jenis jig dan lihat tahap pelukan sotong pada jig. Fahami Scale dan petunjuk (Rujuk post sebelum ini-Fahami Gaya Makan Sotong) Semakin kecil nilai skala, semakin diterima jig berkenaan pada masa itu. Jika skala pegang sotong semakin kecil, korang dinasihatkan agar tidak menukar kepada jig yang lain. Walaupun begitu gaya makan ini boleh berubah dengan cepat bergantung kepada keamatan cahaya dan keadaan air. Jika skala semakin besar, sila tukar jig korang untuk mendapatkan bacaan skala yang lebih kecil.

Gabungan dua faktor yang dinyatakan ini perlu difahami dengan baik agar trip eging tidak menjadi sia-sia. Walaupun faktor yang mempengaruhi sangat luas dan pelbagai, diharapkan  panduan yang sedikit ini dapat membantu. Setakat ini, skop perbincangan hanya merujuk kepada kedalaman air.. jika ada masa, ambe akan cuba pula untuk mengupas skop yang lebih luas iaitu jarak. Semoga apa yang ambe kongsikan ini bermanfaat kepada anda semua. jumpa lagi-Abe Din.
 
 

14 September 2016

Fahami Gaya Makan Sotong

Salam kunjungan untuk semua tetamu yang sudi bertandang. Kali ini, ambe nak berkongsi sedikit pengalaman yang berkisar kepada eging sotong mengabang atau sotong mabang. Dalam keasyikan kita melayan kerenah sotong yang kita tangkap jarang sekali kita melihat kepada beberapa tanda dan petunjuk yang hadir di lapangan. Keadaan ini menyebabkan kita terlepas beberapa rahsia penting yang akan membantu kita ketika pemburuan di masa hadapan.

Petunjuk yang biasa kita abaikan adalah berkaitan dengan tantakel sotong. Lengan sotong yang mempunyai daya lekat luar biasa ini membantu sotong menangkap mangsanya. Tanpa lengan ini, tentunya sotong sukar untuk menangkap mangsanya. Korang mungkin boleh merujuk post-post yang ambe tulis dahulu berkaitan tantakel sotong. Sotong mempunyai dua kumpulan lengan utama iaitu lengan primer terdiri daripada dua lengan yang paling panjang dan lengan skunder yang lebih pendek dan kuat. Lengan primer menangkap dan menarik mangsa ke lengan skunder. Lengan skunder berfungsi memeluk mangsa dengan lebih erat dan ia juga berfungsi untuk memusing-musingkan makanan untuk digigit.


Sotong Akan Mengikut Mangsa 
Dan Melancarkan Serangan Ketika Sesuai


Ketika Tiba Masa Makan, 
Sotong Tidak Begitu Berkira Tentang Jenis Dan Warna Jig


Ambe telah mereka satu set skala bagi memudahkan pemahaman korang semua. Ringkasan bagi cara menangkap mangsa yang merujuk kepada jig ditunjukkan seperti jadual di bawah:

Graf Menunjuk Skala Dan Peratus Peluang Mendapatkan Tangkapan
Skala 1 Lebih Tinggi Peluang Menaikkan Sotong Berbanding Skala 5


Dari kedua-dua jadual dan graf di atas dapat ditafsirkan bahawa peluang menaikkan sotong bergantung kepada cara pelukan sotong pada badan jig udang. Skala 5 memerlukan bantuan gaik agar sotong didaratkan dengan selamat. Semakin besar skala, semakin tinggi keperluan menggunakan gaik sotong.

Skala yang direka juga dapat menunjukkan dengan jelas minat sotong terhadap jig yang digunakan. Jika sotong yang didaratkan menunjukkan corak skala 1, jig yang kita gunakan sangat diminati oleh sotong pada ketika dan waktu itu. Perubahan minat ini akan berubah mengikut cuaca dan keadaan air laut. Jika hasil berikutnya menunjuk perubahan nilai skala yang semakin besar, anda boleh menukar warna dan jenis jig anda sehingga skala tangkapan yang didaratkan menunjukkan nilai yang kecil.

Nilai skala besar menggambarkan situasi sotong yang berhati-hati, tidak begitu rakus dan juga petunjuk respon yang lemah kepada jig anda. Disyorkan jig ditukar sehingga nilai skala menjadi kecil. Kesimpulannya semakin kecil nilai skala, semakin bertambah minat sotong kepada jig yang anda gunakan. Perlu ditekankan sekali lagi nilai skala boleh berubah sebaik sahaja cuaca, keadaan air dan persekitaran berubah.

Bagi memudahkan korang memahami apa yang aku bebelkan di sini, disertakan gambar yang merujuk kepada skala yang digunakan. Sila fahami dengan sebaiknya..


SCALE 5





SCALE 4





SCALE 3




SCALE 2



SCALE 1

Semoga korang dapat menguasai dan memahami apa yang aku share pada kali ini. Faham dan gunakan agar hasil tangkapan lebih baik pada masa akan datang. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi-Abe Din