Pages

10 May 2016

Lesen Sotong 2016

Salam kunjungan untuk semua. Semakin hari, hati semakin resah kerana lesen peribadi sotong mabang 2016 masih belum muncul lagi. Kesibukan kerja menyebabkan jumlah trip sangat sedikit dan peluang menangkap sotong juga makin tipis. 

Ikhwan dan Zul sudah pun mendapat lesen masing-masing. Walaupun saiz kecil, lesen tetap lesen. Malam itu... bergegas juga dengan sahabat sotonglaut ke lokasi biasa dengan hasrat mencari lesen. Bak kata orang kalau sudah rezeki... seekor bapak sotong telah berjaya dijerat. Menamatkan kemarau lesen mabang 2016.

Baru boleh rasa tarikan sotong selepas kali terakhir pada tahun lepas. Harap-harap sotong ini menjadi penyuntik semangat untuk bertarung dengan sotong-sotong lain sepanjang tahun 2016 ini-Abe Din

Tarikh Lesen diperolehi : 19 Mac 2016. Jam 11.30 malam di Kemaman.


Lesen 2016- Sotong bersaiz sederhana

Penamat kemarau lesen sotong

Tarikan yang mencederakan jig kesayangan



Sotong Mabang Zul..


Salam kunjungan untuk semua. Baru-baru ini.. Zullkifly hantar beberapa keping gambar sambil menayang sotong yang berjaya didaratkan. 

Rasa geram juga bila tengok lokasi candat yang air lautnya tenang. Rasa macam terus nak turun ke pantai. Apakan daya kerja masih banyak yang belum siap.

Dapat juga Zul dua ekor sotong mabang. Saiz memang sedap buat lauk. Dalam hati berkira-kira bilalah masa dan ketika untuk bertarung dengan mabang. Rasa gatal dah tangan.



Dua ekor rakan yang tertewas

Gambar hensem bersama sotong

Penyu Menangis Lagi

Salam kunjungan untuk semua. Pada kali ini ambe nak berkongsi satu peristiwa yang mengharukan. Seekor penyu telah dijumpai mati dibunuh berhampiran pantai di Kerteh. Ketika ambe menjalankan aktiviti di pantai berkenaan, Ambe terjumpa seekor penyu agar, betina yang telah pun hampir busuk terdampar di pantai.

Dari pemerhatian, penyu berkenaan mati disebabkan dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Siripnya diikat dengan pelampung. Disebabkan gagal untuk menyelam ke laut mencari makan, penyu berkenaan mati kelaparan. Kemungkinan penyu ini terkena pukat nelayan di kawasan berkenaan. Selalunya jika penyu melanggar jaring, jaring akan rosak teruk. Mungkin ini adalah satu cara balas dendam yang tidak berperikemanusiaan.




Penyu betina yang dijumpai mati di pantai


Kasihan sungguh. 
Kenapa ia diseksa sedemikian rupa


Ambe telah menelefon Pengarah Pusat Konsevasi Penyu Ma'Daerah Kerteh untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Tidak berapa lama kemudian tiga orang kakitangannya sampai mengambil maklumat seperti saiz, jenis dan jantina. Mereka menanam bangkai penyu berkenaan di kawasan berhampiran.


Petugas Jabatan Perikanan menanam bangkai penyu


Penyu menangis siapa yang tahu



Ambe juga dimaklumkan pada hari yang sama seekor lagi penyu telah dijumpai mati di Paka. Beberapa hari kemudian seekor lagi penyu dijumpai mati di Kemasik. Kempen kesedaran perlu lebih dipergiatkan terutama kepada kumpulan sasaran seperti nelayan. Mungkin undang-undang perlu lebih diperketatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Mungkin masih yang belum memahami tentang peranan khazanah berharga negara ini. Jika hilang memang sukar dicari ganti. Sudah lama penyu menangis tetapi tidak ramai yang ambil tahu.-Abe Din

Ubah Jig Lagi..

Salam kunjungan kepada semua pengunjung. Pada post kali ini... ambe nak share cara mengubahsuai jig udang yang biasa digunakan oleh pemancing Jepun. Pemancing Jepun menggunakan kepingan kertas aluminum nipis yang mempunyai pelekat di belakangnya. Kertas aluminum digunting bentuk empat segi yang agak lonjong dan dilekatkan di belakang jig udang sebelah atas berhampiran ekor. Ubahsuai ini mampu menarik perhatian sotong dalam jarak yang jauh. Selamat Mencuba-Abe Din



Contoh 1
 
Contoh 2