Pages

05 October 2014

Trip 22/2014-Pulau

Salam kunjungan untuk semua pelawat. Post hari ni nak update trip terbaru eging sotong di pulau... pulau yang biasa ambe dan hardcore sotong kunjungi. Kami masuk ke lokasi berlima pada petang khamis dan keluar pagi jumaat.

 Rezeki yang muncul selepas pukul 9 pagi

 Ikan galak menyambar umpan sotong dan udang
sampai putus tali beberapa kali.. umpan habih licin..

Trip kali ini adalah sisa-sisa trip sotong yang dah nak sampai ke penghujung musimnya. Trip "kanvas le konon" kami je tau...memang tak disangka telah bertukar menjadi trip ikan. Rata-rata kami membuat persediaan ala kadar... kalau bawa joran pun sesuai untuk kerapu besar tapak tangan je. Rupanya malam hari merupakan malam amukan pelbagai spesies ikan. Beberapa kali tali putus ditarik ikan. Petang dan malam dimonopoli sang ikan. Puas baling jig udang... sekor sotong pun tak tarik. Last sekali.... semua beralih kepada pancingan ikan.

Umpan yang dibawa habis... memang tak cukup. Tak sangka sungguh ikan akan mengamuk malam ni. Mujur le... ambe dapat seekor sotong sebesar tapak tangan. Sotong tunggal tu je, umpan ambe malam berkenaan. Kalau korang nak tau dengan seekor sotong itulah ambe berjaya menawan semua spesies ikan seperti kat atas tu. Saing lain pun banyak dapat ikan... ambe tak post kat sini. Hehe... tak sempat.


 Bot terpaksa parking kat pantai sebab air masih surut

 Dia tak tahu.. dia kan kumpau sotong sekali lagi

Waktu pagi, sotong masih tak mahu makan... sehinggalah tarikan pertama sebelah pagi berlaku lebih kurang pukul 9 pagi. Orang lain, semua dok asyik melayan tarikan ikan... ambe sorang je masih setia dengan sotong. Menjelang pukul 10 pagi tarikan sotong mula galak... sempat juga dapat 7 ekor pagi tu dengan 2 ekor bapak sotong.

Pagi tu memang menggoda sungguh... pagi jumaat. Kitorang nak keuar pukul 11... sotong pula mula mengganas. Nasib baik bot dah tunggu... kalau tak, sembahyang jumaat sungguh le jawabnya. Selepas berkemas... kami bergerak ke tanah besar lebih kurang pukul 11 pagi.

 Taruhan kali ini. Variasi Yamashita 2.5

 Air memang jernih... sotong pula makan lewat

Di jeti... ambe masih tertanya-tanya, mengapa sotong kurang galak di waktu malam sedangkan fenomena air penor dah berakhir. Sepanjang jalan... ambe cuba mencari jawapannya. Beberapa kesimpulan berjaya dibuat yang berkemungkinan jawapan terbaik untuk menerangkan situasi yang berlaku.

Agak-agak ambe le, kehadiran sotong yang merosot di sebelah malam mungkin disebabkan oleh kehadiran ikan yang banyak di kawasan berkenaan. Hampir semua ikan yang ditangkap adalah pemangsa sotong. Ikan memang banyak... ambe boleh memancing ikan hanya dengan melempar umpan di dalam gelap dalam jarak 2 hingga 3 depa sahaja. Beberapa ekor kerapu minyak sebesar tapak tangan memang setia menunggu umpan ambe. Saing ambe pula berjaya memancing seekor siakap merah laut sebesar 2 tapak tangan pada sebelah malam.

Kehadiran ikan pemangsa sebenarnya memang menakutkan sotong. Sotong terpaksa menjauhi kawasan yang mempunyai ikan pemangsa. Pada sebelah siang hari esoknya... tangkapan ikan semakin merosot dan sotong mula hadir semula ke kawasan pantai.

 Frust le tu... sebab sotong makan masa kami dah nak balik

 Semua muka frust giler... dendam nak datang lagi

Sebenarnya kesimpulan ini pernah ambe terangkan pada post tahun lepas iaitu kehadiran sotong dan ikan adalah berkadar songsang. Jika ikan pemangsa banyak... sotong akan sedikit, begitulah sebaliknya.

Memang rezeki dah direncana olehNya sebegitu... kami tetap bersyukur walaupun ada diantara kami hanya membawa balik ikan sahaja. Pengajarannya... trip akan datang.. ada yang dah bertekad untuk mempersiapkan senjata bertarung dengan ikan pula. Datang sekali lagi, kami akan mulakan kaedah serampang dua mata. Mana yang galak.... tentu akan jadi lauk kami. Persediaan akan datang mesti tip-top. Semoga berjumpa lagi- Abe Din.