Salamat datang dan salam ramadhan untuk semua pengunjung beragama Islam. Trip kali ini diadakan pada waktu pagi. Selepas bersahur dan solat subuh... ambe bersiap dan bertolak ke lokasi yang paling hampir dengan tempat ambe. Mula sampai... tiada kelihatan pencandat lain di lokasi.
Hari masih gelap. balingan awal tidak bersambut. Sambutan pertama hanya diperolehi sebaik sahaja matahari mula kelihatan timbul di penghujung laut. Pada pagi berkenaan, hanya 3 ekor sotong berjaya dicandat. Oleh kerana saiz sotong tidak begitu besar... semua dilepaskan kembali ke laut supaya ia menjadi lebih besar dan mampu memberikan tentangan yang lebih hebat selepas ini.
Seekor sotong yang cantik dalam pelbagai posisi
Salah seekor sotong yang baru naik ke darat
Sotong saiz paling kecil
Lebih kurang pukul 8 pagi air mula menyurut... ambe menamatkan trip candat solo ambe dengan tangkapan "catch and release" 3 ekor sotong sahaja. Walaupun pulang dengan tangan kosong... hati sedikit gembira kerana berjaya merakamkan gambar sotong yang cantik semasa di lokasi. Hingga berjumpa lagi-Abe Din
memang cntik warna corak sotong tu..
ReplyDeleteWarna segar sotong hidup. Bukan semua orang ada pengalaman tengok sotong hidup depan mata...
Delete