Pages

20 February 2014

Rezeki Laut Merah

Salam kunjungan untuk semua pelawat sotonglaut. Semoga anda berada di dalam keadaan yang sihat dan berbahagia selalu. Pada post kali ini... ambe akan berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan sotong. Ambe telah menerima pesanan WhatApp dari seorang pemancing bagi berkongsi ceritanya mencandat sotong gergasi di luar negara.

Pada kali ini... lokasi mencandat agak jauh sedikit dari bumi Malaysia iaitu di Laut Merah yang terletak di antara Mesir, Sudan, Eritrea, Arab Saudi dan Yaman. Ia merupakan sebuah teluk di Lautan Hindi yang memisahkan antara benua Asia dan Afrika serta hampir bercantum dengan Teluk Aden. Kedalaman laut boleh mencapai  sehingga 2500 m dan purata kedalamannya sekitar 500 m. Terdapat hampir 1000 jenis invertebrata marin, 200 batu karang dengan kemasinan di antara 3.6% dan 3.8%.

Sahabat sotonglaut, Rosli dan Faidzul telah mencandat sotong menggunakan candat khas ketika kapal yang mereka naiki berlabuh di perairan Laut Merah. Berat purata sotong yang berjaya ditangkap adalah sekitar 1.2 kg seekor. Hanya dua ekor sotong berjaya dinaikkan ke atas kapal. Tarikh tangkapan ialah pada Disember 2013,  ketika waktu malam.

 Rosli bergambar bersama sotong yang berjaya ditangkap

Jika anda semua pengikut setia sotonglaut... anda mungkin telah terbaca berkaitan spesies sotong berkenaan yang ambe kongsi pada post sebelum ini. Sotong yang ditangkap dua orang sahabat ini memang besar. Walaupun begitu spesies sotong berkenaan sebenarnya boleh mencapai saiz dan berat yang berkali ganda daripada sotong yang mereka tangkap.


Faidzul juga sempat mengabadikan 
gambar bersama sotong

Hanya ucapan tahniah dan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkongsi pengalaman mencandat sotong besar di Laut Arab. Semoga anda juga sudi berkongsi pengalaman anda mencandat apa sahaja spesies sotong di seluruh dunia dengan menghantar gambar dan penerangan ringkas kepada ambe melalui E-mail yang tertera di header blog. Semoga perkongsian anda akan bermanfaat untuk semua.

Sehinga berjumpa lagi. Selamat mencandat.

Pembuka Tirai 2014

Salam kunjungan untuk semua pengunjung. Semoga korang semua sihat dan berbahagia selalu. Beberapa minggu lepas... ambe menerima E-mail daripada saudara kita Mohd Zulkifly dari Kuantan. Sahabat kita ni dalam diam-diam sudah mula mencandat di Dungun. Aktiviti eging beliau pada 9 Februari 2014 (Ahad) pukul 6.48 petang telah mendapat dua ekor sotong saiz anak muda. 

Tentunya perkhabaran ini merupakan berita gembira kepada semua pencandat tegar di Pantai Timur. Tangkapan beliau secara tidak langsung menggambarkan kehadiran sotong di perairan Terengganu pada tahun ini lebih awal berbanding kebiasaan. Selalunya sekitar pengujung Mac atau April. Pada tahun ini...bulan Februari paling awal sotong berjaya ditangkap. Tahniah bro..

 
Tangkapan di atas adalah tangkapan pembuka tirai 2014. Bro kita ni sudah berjaya mendapat lesen atau memperbaharui lesen bagi tahun 2014. Selepas ini... sama-sama lah kita meninjau port-port sotong terdekat. Mungkin ada rezeki kita di sana. Semoga pada tahun 2014 ini, tangkapan kita akan semakin banyak dan peminat eging sotong juga semakin bertambah ramai. Sehingga berjumpa lagi. Bye...

Sotong Goreng Melaka

Selamat datang kepada semua pengunjung. Hujung tahun lepas, ambe sempat berkunjung ke negeri Melaka, bumi Hang Tuah. Kononnya pergi melancong dan atas urusan kerja. Sempat juga curi masa senggang jalan-jalan cari makan di Crystal Bay.

Sampai kat sana bos order macam-macam makanan... ikan jenahak, sotong goreng, udang panggang, ketam masak cili dan banyak lagi. Apa lagi, kami enam orang dah tengah lapar... makan cukup-cukup. Senyap dapat makan. Kenyang sungguh. Habis licin. Balik hotel tidur awal. Kekenyangan..

 
 

Rasa-rasa macam nak pergi lagi sekali. Tapi bile?... tak tahu lagi. Memang puas makan kat sana. Harga cukup murah... mungkin dua kali ganda jika makan makanan yang sama di Terengganu. Kalau korang gi Melaka... jangan lupa ke Crystal Bay. kalau ambe berkesempatan datang lagi ke Melaka, ambe nak gi test makan kat tempat lain pula. Dengar khabar... banyak lagi tempat yang menarik dan makanannya juga sedap-sedap.

Hingga jumpa lagi. Bye..

Bersantai Di Marang

Salam kunjungan dan selamat datang kepada semua pelawat blog sotonglaut. Pada hujung tahun lepas ambe sempat berkunjung ke Marang di atas urusan kerja. Masa luang sempat ronda-ronda cari makan di sekitar marang. Antara menu yang memang menjadi pilihan ambe dan kawan-kawan adalah sotong goreng.

Selalunya kalau ambe makan di tepi pantai... ambe akan cuba pelbagai resipi sotong goreng celup tepung. Nampak je sama... rupa-rupanya rasa lain. Sepanjang ambe dok gila makan sotong goreng ni... memang tak boleh lawan sotong goreng di Teluk Lipat, Dungun. Ada satu gerai mokcik tu. Sotong goreng dia memang kaw.

Jangan tertipu kalau nak beli sotong goreng ni. Jangan tengok cantik warna tepungnya... kena test merata-rata. Ambe masih dok cari kedai sotong yang boleh lawan dengan gerai di Dungun.. hehe.


Sotong goreng celup tepung dari kedai berbeza

Sotong goreng ni kalau dipadankan dengan ABC.. fuhh.. meme ganas giler sedapnya. Tak caya cuba korang test. Kalau sotong yang baru goreng... panas lagi best. Kalau nak tau power die... korang kena datang Terengganu dan cuba sendiri.

Jumpa lagi. Bye..

Kreativiti tulen

Salam sejahtera kepada semua pengunjung. Selamat datang semua. Pada kali ini ambe ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika berkunjung di sebuah penempatan nelayan di Kemaman. Sedang meronda-ronda meniki kereta sepasang mata ambe terpandang satu hasil seni yang bagi ambe cukup menarik. Ambe undur kereta dan pergi lebih dekat untuk merakam hasil berkenaan. Hasil seni yang merupakan sebuah lukisan itu dilukis pada kerusi atau bangku.

Dalam fikiran ambe bermain-main pelbagai persoalan. Siapa yang lukis? Apa yang mahu disampaikan? Berapa umur pelukis? Pening kepala ambe... bagi ambe, lukisan itu mesti menjadi kebanggaan kepada pelukis dan komuniti di situ sehingga ianya dipamirkan di tepi jalan.
 
 

Gambar yang bermotifkan hidupan laut.
Ada gambar sotong... hehe...
 
Lukisan dilukis berlatar belakang warna biru dengan tema hidupan laut. Lukisan nampak sedikit kaku tetapi pelukis nampaknya cuma menonjolkan ton dan kesan cahaya pada lukisannya. Maaf le banyak-banyak... ambe bukan pelukis dan bukan pengkritik bertauliah.
 
Ape yang ambe boleh simpulkan kat sini... hasil seni tidak semestinya cantik tetapi hasil seni sepatutnya lahir dari hati yang ikhlas dan suci. Bagi ambe seni sebegini mampu menggambarkan seni budaya masyarakat setempat... Mesejnya juga ringkas dan mudah difahami.
 
Suka juga tengok. Ada gambar sotong lagi. Tahniah kepada pelukis kerana berjaya menjentik hati embe yang tak pandai melukis ni. Jumpa lagi.

Air Mata Nelayan

Salam pertemuan untuk semua pengunjung. Sekian lama ambe menyepi.. bukan ambe dah bersara.... cuma masa ambe agak terhad disebabkan kesibukan bekerja. Dunia blogging sememangnya dah sebati dengan diri ambe... buatlah camane pun, kalau tangan dah gatal nak menaip, terpaksa juga ambe mengadap laptop menaip apa yang patut.

Kali ni ambe sempat juga curi-curi masa untuk berkongsi serba sedikit dengan pelawat-pelawat blog buruk ambe ni. Sebelum berlaku banjir besar di Kemaman pada hujung tahun lepas... ambe sempat berjalan-jalan di Kuala Kemaman sambil memerhati keindahan pantai. Sempat juga ambe merakam beberapa gambar menarik di sekitarnya.

Antara gambar yang ambe sempat rakamkan termasuklah gambar bot nelayan yang pecah dan tersadai di tepi kuala. Bot yang banyak merakam suka duka hidup nelayan pantai nampaknya dah tak mampu lagi berkhidmat untuk tuannya.




Bukan semua orang ambil kisah tentang fenomena ini. Mungkin ada yang melihat tanpa apa-apa makna. Ramai yang tidak berminat dan ramai juga yang hanya melihat sepintas lalu sahaja. Oleh yang demikian tidak ramai yang memahami kesusahan hidup nelayan. Ramai yang tidak tahu bahawa nelayan banyak menyumbang kepada kelangsungan hidup kita. 

Sekian dahulu untuk kali ini. Terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan masa sejenak untuk berfikir. jumpa lagi.