Salam untuk semua pengunjung setia sotonglaut. Lama rasenya ambe tak update blog buruk ni..Bukan apa..masa tidak begitu mengizinkan. Sibuk dengan kerja hinggakan lupa nak pergi mencandat sotong.
Sebelum ini ada terdengar ura-ura tentang kehadiran sotong di kawasan pantai. Walaupun tidak begitu banyak...dengarnya dah ada pemangsa sotong yang mendapat habuan. Dalam hati, toksah nak kabo le..tak sabar nak pergi tapi apakan daya...huuu...
Bot sedang diturunkan ke laut
Kedudukan pulau yang tidak begitu jauh dari pantai
Bot yang dilabuhkan di kawasan tenang.
Sotong kedua yang berjaya dinaikkan (bawah)
Sotong kedua (pandangan atas)
Pada hari berkenaan, ambe dapat 3 ekor sotong. Sotong pertama yang ambe berjaya candat di tahun 2012. Kihkih bangganya... dalam hati rasa sikit terkilan kerana orang lain dah lama dah dapat..ambe baru dapat.. huuu.. Corak die memang cantik...lama dah ombak rindu kat die. Berjaya juga aku kali ni. Ketika sampai, air mula bergerak surut...semua sotong berjaya dicandat pada waktu berkenaan. Selepas air surut tiada sambaran dari sotong. Hanya ikan yang mengganggu candat yang dibaling. Koyak candat comel ambe dibaham kakap putih. Nasib tak putus.. kat sini memang banyak ikan. Rugi kalau korang tak datang sini..
Sorang peserta dengan kerapu yang dipancing
menggunakan teknik pelampung.
Belakang: Tapak Perkhemahan Balok.
Rumusan yang ambe boleh buat:
1- Sotong mabang dah ada di pantai timur.
2-Pulak Balok memang berpotensi untuk mengilat sotong mabang
3-Trip berikutnya akan diadakan ketika musim kemuncak sotong
Bagi rakan-rakan dan member-member sotong, anda juga boleh test power kat sini. Jika berminat, call je Majlis perbandaran untuk rundingan bot atau datang terus ke pejabat mereka di sini. Bayaran yang dikenakan sangat murah RM50 pergi balik untuk sebuah bot. Kapisiti peserta 6 orang. Pemancing akan dihantar pada waktu petang atau air pasang pertama dan akan dijemput pulang pada pagi esok atau ketika air pasang berikutnya. Semuanya boleh diatur jika anda pandai berunding dengan kakitangan Majlis perbandaran di Balok.
Pulau berkenaan juga sesuai untuk berkhemah sambil memancing. Lokasi pantai Balok pula sesuai untuk aktiviti santai dan cuti bersama keluarga. Banyak resort dan hotel berdekatan kawasan ini. Kedai makan toksah nak cakap le... berlambak, sure anda tak lapar punye. KFC pun ada...macam-macam ada..