Salam untuk semua pengunjung.
Dalam trip mencandat sotong yang dijalankan di Terengganu baru-baru ini, Abe Din sempat melihat penyu bertelur. Jenis penyu ialah penyu agar. Rasa begitu teruja sekali setiap kali dapat melihat penyu bertelur.
Ibu penyu agar yang sedang bertelur
Penyu akan mandi pasir selepas bertelur
kemudian ia akan turun semula ke laut
Pegawai yang bertugas, mengendalikan penyu
dengan cukup berhati-hati
Telur penyu akan dikumpul dan
dipindahkan ke lokasi penetasan
Mungkinkah penyu yang sama akan datang lagi bertelur di lokasi serupa pada tahun-tahun akan datang. Kemungkinan tetap ada, jika penyu berkenaan tidak rasa terancam ketika datang bertelur.
Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan penyu adalah satu usaha murni yang wajar diteruskan. Walaupun begitu masih kedapatan telur-telur penyu yang dijual secara terbuka dan di pasaran gelap. Usaha ini perlu dibanteras segera jika kita ingin melihat penyu terus datang bertandang ke perairan kita. Kempen-kempen berkaitan penyu perlu terus dipergiatkan sambil penerangan diberi kepada warga tempatan tentang peri pentingnya usaha yang sedang dijalankan.
Jumpa lagi
Abe Din
yup. :) baru tgk penyu td.. best!
ReplyDelete